Silat Gayongman Gerak Satu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kenta (bincang | sumb.)
Kenta (bincang | sumb.)
Baris 9:
Pada mulanya silat ini hanya di kenali dengan nama Gayong Man Wak Leh tetapi nama itu kemudiannya telah ditukar kepada Gayong Man Gerak Satu. Abdul Talib telah membuka gelanggang pertama di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Putih, Kelantan. Setelah itu gelanggang turut dibuka di Kampung Merkang, Wakaf, Panggong, Jeram, Nilam Puri, Lembah, Kulim, Gong Patah, Gucil, Temangan di Kelantan. Abdul Talib sempat juga mengajar di Sungai Tong, Terengganu dan Kampung Kerinci, Kuala Lumpur.
 
==Adat Istiadat==
==Penerimaan Murid Baru==
 
Diantara adat istiadat yang terdapat didalam Silat ini adalah seperti berikut:-
 
#Upacara Penerimaan Murid Baru
#Majlis Pelimau
#Pantang Larang
 
===Upacara Penerimaan Murid Baru===
 
Seorang murid baru dikehendaki menghadap guru di mana majlis perasap akan dilakukan. Semasa majlis tersebut, guru akan membaca ayat-ayat suci Al-quran dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad dan dihadiahkan kepada wali-wali Allah. Setelah tamat majlis ini murid boleh memulakan pelajaran silat di peringkat asas.
 
===Majlis Pelimau==
 
Setelah beberapa bulan mempelajari gerakan dan latihan, maka satu majlis pelimau akan diadakan. Ahli yang akan menyertai upacara ini dikehendaki menyediakan:-
 
#3 biji limau nipis
#Sehelai kain lepas / 2 helai kain putih
#Pisau lipat kecil
#Sepiring pulut kunyit
#Beras 3 genggam
#Wang pengeras 13 sen
 
Sebelum upacara ini dijalankan, sembahyang hajat memohon keberkatan Ilahi dilakukan dan diikuti dengan acara perasap badan dan mandi berlimau.
 
===Pantang Larang==
 
Diantara pantang larang yang terdapat dalam silat ini ialah:-
#Tidak boleh melakukan perkara yang dilarang oleh syarak
#Tidak boleh meninggalkan tuntutan agama
#Tidak boleh derhaka kepada pemerintah
#Tidak boleh derhaka kepada guru
#Tidak boleh bermusuhan sesama sendiri
#Tidak boleh menunjukkan silat dikhalayak ramai dengan tujuan untuk permainan
#Tidak boleh bertarung digelanggang sesama Islam untuk upah.
 
==Sistem Pelajaran Silat==