Zaman Meleset: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{BM}}
 
'''Zaman Meleset''' ({{lang-en|'''The Great Depression'''}}) ialah satu tempoh penuh drama yang menyaksikan kemerosotan ekonomi dunia sekitar [[1920-an]] dan [[1930-an]].<ref>''Zaman Meleset'' dikatakan bermula pada tahun 1929 dan berakhir pada lewat dekad 1930-an di sesetengah negara.</ref> Tempoh ini dianggap sebagai zaman kemelesetan ekonomi terbesar dan paling penting di dalam sejarah dunia dan sering digunakan pada [[abad ke-21]] sebagai ''kayu pengukur'' dalam membandingkan sejauh mana ekonomi zaman moden boleh mengalami kejatuhan. Para sejarawan besepakat bahawa zaman kemelesetan ini bermula di [[Amerika Syarikat]], apabila [[pasaran saham]]nya jatuh merudum pada [[29 Oktober]] [[1929]] dan peristiwa ini dikenali sebagai [[Keruntuhan Wall Street 1929]] atau ''Black Tuesday''. Ini diikuti pula dengan penurunan di [[Eropah]] dan [[Australia]]. [[Asia]] turut menderita kerana terdapat rakan dagang yang menjadi miskin dan tidak bekerjasama. Kemelesetan ini dikatakan tamat di ambang [[Perang Dunia Kedua]] sekitar 1939 disebabkan persediaan perang yang merangsang ekonomi.<ref>{{cite book |title=The Cambridge Economic History of the United States |last=Engerman |first=Stanley L. |coauthors= Gallman, Robert E. |publisher=Cambridge University Press |year=1996 |language=Inggeris |isbn= 0521553075}} </ref>