Tanah Melayu British: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: id:Malaya Britania
Baris 79:
[[Image:SultanAbdullahPerak.jpg|thumb|left|200px|Raja Abdullah, kemudiannya Sultan Perak.]]
 
Pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa di istana Perak. Sultan Ali mangkat pada tahun 1871. Pewarisnya adalah [[raja muda]]nya, [[Raja Abdullah]]. Walaupun demikian, beliau tidak menghadiri pengebumian ayahnya. Amat serupa dengan kes Tengku Hussein dari Johor, Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan yang baru oleh menteri-menteri Perak. Sebaliknya, pewaris yang kedua selepas Raja Muda, iaitu [[Raja BendarahaBendahara]] Raja Ismail, menjadi sultan Perak.
 
Raja Abdullah amat marah dan enggan menerima hakikat ini. Beliau mencuba mendapatkan sokongan politik daripada berbagai-bagai sumber, termasuk ketua-ketua tempatan Perak serta banyak kakitangan British yang pernah berurus niaga dengannya sebelum itu. Kongsi-kongsi gelap dipergunakan untuk menjadi proksinya dalam perebutan kuasa tersebut. Antara individu-individu British tersebut ialah [[W.H.M. Read]], seorang pedagang British. Tambahan pula, Raja Abdullah berjanji akan menerima seorang penasihat British jika pihak British mengakuinya sebagai sultan Perak yang sah.