Buka menu utama

Perubahan

 
===Kedah dan Pulau Pinang===
{{main|Sejarah PenangPulau ModenPinang moden}}
Pada pertengahan abad ke-18, syarikat-syarikat British boleh didapati berdagang di [[Tanah Melayu|Semenanjung Tanah Melayu]]. Pada April 1771, Jourdain, Sulivan dan de Souza, sebuah syarikat [[United Kingdom|British]] yang berpusat di [[Madras]], [[India]] menghantar Sir [[Francis Light]] untuk berjumpa dengan [[Muhammad Jiwa Shah]], sultan [[Kedah]], bagi membuka pasaran perdagangan di negeri itu. Light juga merupakan kapten dalam [[Syarikat Hindia Timur Inggeris]].
[[Image:Georgetown.jpg|thumb|250px|left|Georgetown, ibu kota Pulau Pinang. Di seberang selat ialah Seberang Perai (''Province Wellesley'') di tanah besar.]]
 
Pada waktu yang sama, Sultan Kedah menghadapi banyak ancaman luaran yang mencabar kuasa baginda di Kedah. [[Thailand|Siam]] yang berperang dengan [[Myanmar|Burma]] melihatkan Kedah sebagai sebuah [[vasalnegeri lindungan]], dan sering menuntut Kedah menghantar tentera bantuan. Bagaimanapun, Kedah berkeberatan bersekutu dengan Siam.
 
Melalui perundingan antara Sultan Kedah dan Light, Sultan Kedah bersetuju membenarkan syarikat Light membina sebuah pos perdagangan dan beroperasi di Kedah jika pihak British bersetuju memperlindungi Kedah daripada tekanan luaran. Light menghantar perutusan ini kepada orang atasannya di India. Bagaimanapun, pihak British memutuskan untuk menolak cadangan tersebut.
20,157

suntingan