Pemisahan Singapura daripada Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.
 
Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. [[Julai 1964]], kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan [[Othman Wok]] iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
 
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.