Sistem ekonomi Islam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Baris 32:
==Ketiga : Cara Mengedar Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)==
 
Kerana mengedar harta kekayaan termasuk masalah yang sangat penting, maka Islam memberikan juga berbagai ketentuan yang berkaitan dengan hal ini. Mekanisme mengedar harta kekayaan terwujud dalam [[hukum syara’]] yang ditetapkan untuk menjamin pemenuhan barang dan perkhidmatan bagi setiap individu rakyat. Mekanisme ini dilakukan dengan mengikuti ketentuan sebab-sebab kepemilikan (contohnya, bekerja) serta akad-akad muamalah yang wajar (contohnya jual-beli dan ijarah).<br />
 
Namun demikian, perbezaan potensi individu dalam masalah kemampuan dan pemenuhan terhadap suatu keperluan, boleh menyebabkan perbezaan mengedar harta kekayaan tersebut di antara mereka. Selain itu perbezaan antara masing-masing individu mungkin saja menyebabkan terjadinya kesalahan dalam mengedar harta kekayaan. Kemudian kesalahan tersebut akan membawa hanya harta kekayaan teredar kepada segelintir orang saja, sementara yang lain kekurangan, sebagaimana yang terjadi akibat penimbunan harta, seperti emas dan perak.<br />