Qital: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Laman baru: Dalam kamus al-Munjid dinyatakan bahawa kata Qital merupakan bentuk mashdar dari fi’l qâtala, (qâtala, yuqâtilu, qitâl(an), qitâl[an], muqótalatan]) yang bererti perang. Qatalahu...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 08:13, 17 Januari 2009

Dalam kamus al-Munjid dinyatakan bahawa kata Qital merupakan bentuk mashdar dari fi’l qâtala, (qâtala, yuqâtilu, qitâl(an), qitâl[an], muqótalatan]) yang bererti perang. Qatalahu bererti hârabahu wa ‘âdâhu (memeranginya dan mengembalikannya)’.

Kata qital tercantum 12 kali pada sepuluh ayat dalam Al-Quran. Banyak ayat lain yang memuatnya dalam bentuk fi’l mâdhi, mudhâri’, amr (perintah), maupun nahi (larangan). Banyaknya ayat al-Quran yang memuat kata qitâl dan bentukannya menggugurkan pandangan sebagian kaum muslim bahawa Islam tidak berbicara tentang perang. Islam justeru membahas ketentuan Qital (perang) secara rinci.

Qital (perang) merupakan makna jihad secara syar’ie. Pengertian syar’ie dari jihad adalah al-qital fi sabilillâh bisyurâthihi (jihad adalah perang di jalan Allah dengan berbagai syarat [ketentuannya]) lebih lanjut ia menyatakan bahawa jika kata jihâd dinyatakan tanpa indikasi maka yang dimaksudkan adalah jihad dalam makna syar’ie, iaitu Qital (perang).

Sebahagian orang menyerukan agar perang dihentikan dan ditiadakan selama-lamanya. Padahal, Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa perang di jalan Allah (jihad) ini akan terus berlangsung hingga akhir dunia. Rasulullah saw. bersabda: -

Jihad itu berlangsung sejak Allah mengutusku hingga umatku yang terakhir memerangi Dajjal (HR Abu Dawud).