Aqidah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Baris 25:
Yang menentukan apakah dalil itu aqli atau naqli adalah fakta dari permasalahan yang ditunjukkan untuk diimani. Apabila permasalahannya adalah fakta yang boleh diindera maka dipastikan dalilnya aqli bukan naqli. Namun jika permasalahannya tidak dapat diindera maka dalilnya adalah naqli. Dalil naqli itu sendiri diperoleh dari perkara yang boleh diindera. Maksudnya keberadaannya sebagai dalil tercakup didalam perkara yang dapat diindera. Kerana itu dalil naqli digolongkan sebagai dalil yang layak untuk diimani tergantung pada dalil aqli dalam menetapkannya sebagai dalil.
 
* '''Allah SWT''' - Orang yang mendalami perkara yang dituntut akidah Islam untuk diimani akan menjumpai bahawa [[Iman]] kepada (wujud) [[Allah|Allah SWT]] dalilnya adalah aqli. Alasannya perkara tersebut – iaitu adanya [[Allah|al-Khaliq]] (Maha Pencipta) bagi segala yang ada - dapat dijangkau dengan panca indera.
 
* '''Malaikat''' - [[Iman]] terhadap (keberadaan) [[Malaikat|Malaikat-Malaikat]] dalilnya adalah naqli. Alasannya keberadaan [[Malaikat]] tidak dapat dijangkau indera. [[Malaikat]] tidak boleh dijangkau zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apapun yang menunjukkan atas (keberadaan)nya.