Aqidah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Baris 29:
* '''Malaikat''' - [[Iman]] terhadap (keberadaan) [[Malaikat|Malaikat-Malaikat]] dalilnya adalah naqli. Alasannya keberadaan [[Malaikat]] tidak dapat dijangkau indera. [[Malaikat]] tidak boleh dijangkau zatnya dan tidak boleh dijangkau dengan apapun yang menunjukkan atas (keberadaan)nya.
 
* '''Kitab-Kitab''' - [[Iman]] terhadap [[Kitab|Kitab-Kitab]] [[Allah|Allah SWT]] dapat dihuraikan sebagai berikut. Jika yang dimaksud adalah [[Iman]] terhadap [[Al-Quran]] maka dalilnya aqli, kerana [[Al-Quran]] dapat diindera dan dijangkau. Demikian pula kemukjizatan [[Al-Quran]] dapat diindera sepanjang zaman. Tetapi jika yang dimaksud adalah iman terhadap kitab-kitab selain [[Al-Quran]], seperti [[Taurat]], [[Injil]] dan [[Zabur]], maka dalilnya adalah naqli. Alasannya bahawa [[Kitab|Kitab-Kitab]] ini adalah dari sisi [[Allah|Allah SWT]] tidak dapat dijangkau (keberadaannya) sepanjang zaman. [[Kitab|Kitab-Kitab]] tersebut adalah dari sisi [[Allah|Allah SWT]] dan dapat dijangkau keberadaanya tatkala ada Rasul yang membawanya sebagai mukjizat. Kemukjizatannya berhenti saat waktunya berakhir. Jadi, mukjizat tersebut tidak boleh dijangkau oleh orang-orang (pada masa) setelahnya. Namun sampai kepada kita berupa berita yang mengatakan bahawa kitab tersebut berasal dari [[Allah|Allah SWT]] dan diturunkan kepada [[Rasul]]. Kerana itu dalilnya naqli bukan aqli, kerana akal - di setiap zaman - tidak mampu menjangkau bahawa kitab itu adalah kalam [[Allah|Allah SWT]] dan akal tidak mampu mengindera kemukjizatannya.
 
* '''Rasul-Rasul''' - Begitu pula halnya [[Iman]] terhadap para [[Rasul]]. Iman terhadap [[Rasul]] ([[Nabi Muhammad s.a.w.]]) dalilnya aqli, kerana pengetahuan akan [[Al-Quran]] sebagai kalam [[Allah]] dan ia dibawa oleh [[Rasul]] ([[Nabi Muhammad s.a.w.]]) adalah sesuatu yang dapat diindera. Dengan mengindera [[Al-Quran]] dapat diketahui bahawa Muhammad itu [[Rasulullah]]. Hal itu dapat dijumpai sepanjang zaman dan setiap generasi. Sedangkan [[Iman]] terhadap para Nabi dalilnya adalah naqli, kerana dalil (bukti) kenabian para Nabi –iaitu [[Mukjizat|Mukjizat-Mukjizat]] mereka- tidak dapat diindera kecuali oleh orang-orang yang sezaman dengan mereka. Bagi orang-orang yang datang setelah mereka hingga zaman sekarang bahkan sampai kiamat pun, mereka tidak menjumpai [[mukjizat]] tersebut. Bagi seseorang tidak ada bukti yang dapat diindera atas kenabiannya. Kerana itu bukti atas kenabiannya bukan dengan dalil aqli melainkan dengan dalil naqli. Lain lagi bukti atas kenabian ([[Nabi Muhammad s.a.w.]]) yang berupa [[mukjizat]] beliau. [[Mukjizat]] tersebut (selalu) ada dan dapat diindera, iaitu [[Al-Quran]]. Jadi dalilnya adalah aqli.