Teluk Gong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Baris 1:
'''Teluk Gong''' merupakan sebuah perkampungan yang kini menjadi sebuah pekan , berhampiran dengan bandar [[KelangKlang]] dan [[Pelabuhan Klang]] di [[Selangor]], [[Malaysia]]. Antara tempat berdekatan ialah Kampung [[Sijangkang]], [[Teluk Panglima Garang]], [[Pulau Indah]] dan Kampung Baru Batu Lima. Di seberang Teluk Gong ialah [[Pulau Indah]] yang dahulunya dikenali dengan nama Pulau Lumut. Pelabuhan Barat ([[Westport]]) telah dimajukan oleh [[Kementerian Pengangkutan Malaysia]].
 
Teluk Gong merupakan kawasan perkampungan [[nelayan pantai]]. Teluk Gong berhampiran dengan muara [[Sungai KelangKlang]] dan [[Selat Melaka]]. Oleh itu , sebuah [[jeti]] nelayan telah dibina di Teluk Gong bagi memudahkan bot-bot nelayan pantai singgah, berlabuh dan menurunkan tangkapan ikan yang turun. Kebanyakan mereka menggunakan jaring biasa yang direntang di tengah laut.
 
Selain bekerja sebagai nelayan, penduduk Teluk Gong bekerja di sektor perindustrian. Banyak kilang dan gudang telah dibina di Teluk Gong. [[LebuhLebuhraya rayaShah KesasAlam]] - [[Pelabuhan KelangKlang]] hingga ke [[Westport]] telah dibina dan Teluk Gong menerima limpah rahmatnya. Sebuah jambatan telah dibina oleh pihak lebuh raya berhampiran dengan Teluk Gong.
 
== Ancak ==
Masyarakat [[Melayu]] di sini pernah melakukan [[mandi Safar]], memberi [[Acak|ancak]] berupa nasi pulut dan mengalirkan darah kambing disembelih ke laut kononnya untuk menghindar [[banjir]]. Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Mesra Rakyat Selangor dan bekas ADUN Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil menyatakan segelintir jemaah masjid Teluk Gong terlibat.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm Kumpulan ajaran sesat sembelih kambing dikesan]</ref>
 
== Sejarah ==
Teluk Gong pernah terkenal pada tahun 1967, apabila penduduk kampung mengadakan demonstrasi menuntut tanah yang mereka teroka menjadi hak milik mereka. Antara yang menjadi pejuang rakyat ketika itu ialah [[Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya]], [[Sanusi Osman]] dan [[Hamid Tuah]]. Pada 1960-an, tindakan Hamid Tuah dan 500 penduduk-penduduk Melayu miskin yang meneroka tanah hutan di Teluk Gong dikatakan tidak menepati Undang-Undang Tanah kerajaan negeri Selangor. Beliau telah dikenakan tahanan terhad di [[Kuala Kubu Bharu]], [[Selangor]]. Pihak kerajaan tidak membenarkan mereka meneroka tanah milik kerajaan dan telah menghantar pasukan keselamatan untuk menahan petani dan memusnahkan tanaman mereka. Seterusnya menahan Hamid dan empat orang pengikutnya pada 4 Januari 1969, mereka ditahan di kem tahanan [[Muar]] dan [[Batu Gajah]] selama dua tahun.<ref>[http://tintajundi.wordpress.com/2008/12/17/siri-3-tajuk-terpilih-dekad-1960an/ Siri 3: Tajuk Terpilih Dekad 1960an]</ref>
 
== Rujukan ==
<references/>
 
{{Selangor}}
 
[[Kategori:Tempat di Selangor]]
{{Malaysia-geo-stub}}
 
[[en:Gemas]]