Perbezaan antara semakan "Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman"

kategori
(Laman baru: '''Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman''' (2 Mei 1925 - 20 Ogos 2008) merupakan adinda kepada [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Ja'...)
 
(kategori)
'''Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman''' ([[2 Mei]] [[1925]] - [[20 Ogos]] [[2008]]) merupakan adinda kepada [[Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tuanku Ja'afar]], [[Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan]] ke-10. Baginda juga merupakan putera kedua daripada perkahwinan antara [[Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad|Tuanku Abdul Rahman]], [[Yang di-Pertuan Agong]] pertama bersama Che Maimunah dan diputerakan di [[Kuala Pilah]], [[Negeri Sembilan]]. Baginda turut dikenali dengan nama gelaran "''Charlie''".
 
== Kehidupan ==
Tunku Abdullah mengahwini Tunku Zaharah Tunku Zakaria pada tahun 1946, Che Engku Ho Yuzin pada tahun 1959, Che Engku Khatijah pada tahun 1966, Che Engku Chesterina pada tahun 1973, Che Engku Maimunah pada tahun 1991 dan Che Engku Rozeeta pada tahun 1997. Perkahwinan baginda dikatakan perkahwinan muhibbah kerana mengahwini dua orang [[Melayu]], seorang [[Cina]], seorang Kaukasia, seoang [[Jepun]] dan seorang Eurasia. Ho Yuzin merupakan orang Cina manakala nama asal Che Khatijah ialah Kathryn Heather Barbara Martin, Chesterina Sim Zecha pula orang Eurasia dan nama Jepun Maimunah ialah Yuko Shima. Baginda mempunyai sembilan orang anak.
 
Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.
 
== Kemangkatan ==
Jenazah Tunku Abdullah telah mangkat pada [[20 Ogos]] [[2008]] di sebuah klinik di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari [[London]] dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.
 
Jenazah Tunku Abdullah tiba di Bandar Diraja Seri Menanti pada 4.45 petang dari kediamannya di [[Kuala Lumpur]], kemudian disembahyangkan di Istana Besar Seri Menanti sebelum dibawa ke makam diraja, dengan penuh istiadat dan kebesaran sebelum disemadikan bersebelahan makam kekandanya, [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Munawir]] di Makam Diraja Seri Menanti, [[Kuala Pilah]] pada pukul 6.45 petang.
 
{{Kehidupan|1925|2008|}}
[[Kategori:Kerabat diraja Malaysia]]
[[Kategori:Orang dari Negeri Sembilan]]
65,394

suntingan