Perbezaan antara semakan "Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman"

(kategori)
 
Selain menjadi pengerusi Kumpulan Perindustrian Melewar, baginda juga mempunyai jawatan yang sama dalam MAA Holdings, Georgetown Holdings dan Datuk Keramat Holdings.
 
==Melawat Israel==
Selaku ahli perniagaan terkenal dan bertaraf antarabangsa, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah melawat negara Israel pada bulan Jun 1994. Berita lawatan ini disiarkan dalam [[Utusan Malaysia]] dan mengejutkan ramai pihak kerana pasport Malaysia melarang rakyatnya melawat Israel. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Wartawan Utusan Malaysia iaitu [[Astora Jabat]] juga pernah pergi ke [[Baitul Maqdis]], [[Israel]] tetapi beliau rakyat [[selatan Thailand].
 
== Kemangkatan ==
Jenazah Tunku Abdullah telah mangkat pada [[20 Ogos]] [[2008]] di sebuah klinik di [[Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur]] (KLIA). Baginda dikatakan baru sampai di KLIA dari [[London]] dan mengalami sesak nafas, lalu dikejarkan ke klinik tempat baginda disahkan mangkat pada kira-kira pukul 9.20 pagi.
 
Jenazah Tunku Abdullah tiba di Bandar Diraja [[Seri Menanti]] pada 4.45 petang dari kediamannya di [[Kuala Lumpur]], kemudian disembahyangkan di [[Istana Besar Seri Menanti]] sebelum dibawa ke makam diraja, dengan penuh istiadat dan kebesaran sebelum disemadikan bersebelahan makam kekandanya, [[Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman|Tunku Munawir]] di Makam Diraja Seri Menanti, [[Kuala Pilah]] pada pukul 6.45 petang.
 
{{Kehidupan|1925|2008|}}
16,835

suntingan