Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 32:
==Frederick II dan pihak Pope==
[[Frederick II, Maharaja Rom Suci]], melibatkan diri secara umumnya dalam [[Perang Salib Kelima]] dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun dia gagal untuk menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi galakan oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan dia perlu mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk melancarkan [[perang salib]]. Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji untuk keluar berperang selepas dimahkotakan sebagai maharaja oleh [[Pope Honorius III]] pada tahun 1220.
 
Pada tahun 1225, Frederick mengahwini [[Yolande dari Jerusalem]] (juga dikenali sebagai Isabella), puteri [[John dari Brienne]], pemerintah [[Kerajaan Jerusalem]] pada nama, dan [[Maria dari Montferrat]]. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun 1227, setelah [[Pope Gregory IX|Gregory IX]] menjadi [[pope]], Frederick dan pasukan tenteranya belayar dari [[Brindisi]] ke [[Akko|Acre]], tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke [[Itali]]. Gregory mengambil peluang ini untuk [[pengucilan|mengucilkan]] Frederick kerana melanggar sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Pope.
 
==Perang Salib==