Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: zh:邦咯条约
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Sejarah Malaysia}}
'''Perjanjian Pangkor''' merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada [[20 Januari]] [[1874]] di antara Gabenor [[Negeri-Negeri Selat]] [[Sir Andrew Clarke]] di pihak [[Empayar British|Inggeris]] dan [[Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar|Raja Muda Abdullah]] yang berkuasa di [[Hilir Perak]] bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda, iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri [[Negeri Perak|Perak]] -, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri [[Melayu]]. Perjanjian ditandatangan di atas kapal [[HMS Pluto]].
 
Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan [[Sultan Ismail]] yang berkuasa di [[Hulu Perak]] dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daridaripada pangkat Sultansultan dantetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah [[Larut]].
 
== Sebab ==
[[Imej:Abdullah.jpg|thumb|left|Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876]]
Perak pada masa itu merupakan pengeluar [[bijih timah]] utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat [[Pulau Pinang]], [[Melaka]] dan [[Singapura]], menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi, keadaan yang tidak stabil seperti [[Perang Larut]] dan pergaduhan antara [[kongsi gelap Cina]] mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.
 
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail juga diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda yang memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.
 
Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, [[Ghee Hin]] yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan [[Kongsi gelap Hai San|Hai San]] yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.
 
Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada [[26 September]] [[1872]], Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.
 
== Syarat ==
Baris 24:
Raja Ismail tidak mengiktiraf perjanjian tersebut tetapi nasi sudah menjadi bubur. Raja Abdullah diiktiraf Inggeris sebagai sultan dan [[JWW Birch|Sir James W.W. Birch]] menjadi Residen Inggeris yang pertama di Perak. Berikutan dengan perjanjian ini, Inggeris terlibat secara langsung dalam urusan pentadbiran negeri Melayu.
 
Campurtangan [[Residen British|Residen Inggeris]] telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang [[Melayu]] Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di [[Pasir Salak]]. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.
 
Ramai wira [[Perak]] yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato [[Dato' Maharaja Lela Pandak Lam|Maharaja Lela]], [[Datuk Sagor]], Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana [[Laksamana Mohamad Amin|Mohamad Amin]], [[Ngah Ibrahim]] dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke [[Pulau Seychelles]].