Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 6:
== Sebab ==
[[Imej:Abdullah.jpg|thumb|left|Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876]]
Perak pada masa itu merupakan pengeluar [[bijih timah]] utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat [[Pulau Pinang]], [[Melaka]] dan [[Singapura]], menganggap [[negeri Perak|Perak]] sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti [[Perang Larut]] dan pergaduhan antara [[kongsi gelap Cina]] mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.
 
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.