Perbezaan antara semakan "Angkor Wat"

207 bait ditambah ,  12 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
[[Imej: Angkor wat.jpg|right|thumb|290px|Kuil Angkor Wat, Kemboja]]
 
'''Angkor Wat''' dibina oleh Raja Suryavarman II pada pertengahan abad ke 12. Pembinaan Angkor Wat memakan masa selama 30 tahun. Angkor Wat terletak di dataran Angkor yang juga dipenuhi binaan kuil-kuil yang indah-indah, tetapi Angkor Wat merupakan kuil yang paling terkenal di dataran Angkor.Ia merupakan bangunan keagamaan yang terbesar di dunia dan juga merupakan satu hasil binaan tunggal yang terbesar di Asia Tenggara. Raja [[Suryavarman II]] membina Angkor Wat menurut kepercayaan [[Hindu]] yang meletakkan gunung Meru sebagai pusat [[bumi|dunia]] dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi [[Hindu]], dengan itu menara tengah Angkor Wat adalah menara tertinggi dan merupakan menara utama dalam binaan Angkor Wat. Di bawah pemerintahan Jayawarman VII telah terlaksana pembinaan kompleks Angkor Thom dengan temboknya sepanjang 10 batu, Bayon yang mempunyai banyak menara, dan lain-lain kuil yang tidak terkira banyaknya.
 
Sebagaimana dongeng [[gunung Meru]], kawasan kuil Angkor Wat dikelilingi oleh dinding dan terusan yang mewakili lautan dan gunung yang mengelilingi [[bumi|dunia]]. Jalan masuk utama ke Angkor Wat yang sepanjang setengah kilometer dihiasi susur pemegang tangan dan diapit oleh tasik buatan manusia yang dikenali sebagai [[Barays]]. Jalan masuk ke kuil Angkor Wat melalui pintu gerbang, mewakili jambatan pelangi yang menyambungkan antara alam dunia dengan alam dewa-dewa.
Pengguna awanama