Rubidium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tebu.an (bincang | sumb.)
kemas
Tebu.an (bincang | sumb.)
Baris 35:
== Kejadian ==
 
Rubidium merupakan unsur ke-23<ref>http://www.rsc.org/chemsoc/visualelements/pages/data/rubidium_data.html</ref> [[kelimpahan unsur dalam kerak Bumi|paling banyak dalam kerak Bumi]], lebih kurang sebanyak zink dan lebih banyak daripada tembaga. Ia terjadi semula jadinya dalam galian [[leusit]], [[polusit]], [[karnalit]] dan [[zinwaldit]] yang mengandungi surih sehingga 1% [[oksida]]nya. [[Lepidolit]] mengandungi 1.5% rubidium dan merupakan sumber unsur perdagangan. Sesetengah galian [[kalium]] dan [[kalium klorida]] juga mengandungi jumlah rubidium yang banyak. Salah satu sumber rubidium yang terkenal yang juga banyaktersimpannya longgokan [[polusit]] terletak di [[Tasik Bernic]], [[Manitoba]].
 
Logam rubidium boleh dihasilkan dengan [[redoks|mengurangkan]] rubidium klorida dengan [[kalsium]] di antara kaedah-kaedah lain. Pada tahun [[1997]], harga logam ini dalam jumlah yang kecil iaitu kira-kira [[Dolar AS|AS$]]25/[[gram]].