Krisis politik Perak 2009: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Pakatan Rakyat di Perak rapuh==
Selepas [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|tsunami politik]] pada 8 Mac 2008, kekuatan [[Pakatan Rakyat]] tidak kukuh kerana majoriti hanya 3 kerusi sahaja. PR menang 31 kerusi berbanding BN menang 28 kerusi. BN hanya perlu 2 kerusi lompat untuk berkuasa semula di Perak. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan selama 11 bulan sahaja iaitu dari Mac 2008 hingga Februari 2009. Majoriti 3 kerusi ini sepatutnya bertahan sehingga PRU ke-13 . Adun Pakatan Rakyat cuba 'dibeli' sejak malam 8 Mac 2008 lagi seperti mana akuan bersumpah Fauzi Musa.
 
Bilangan Adun [[DAP]] melebihi [[PAS]] dan [[PKR]]. Bilangan Adun DAP 18 orang, PKR 9 dan PAS hanya 6 orang sahaja. DAP menang di 18 kawasan majoriti bukan Melayu . PKR menang 6 kerusi kawasan majoriti bukan Melayu. PKR menang 3 kerusi di kawasan majoriti Melayu/Islam. PAS menang 6 kerusi majoriti Melayu/Islam. UMNO menang 27 kerusi di kawasan majoriti Melayu/Islam . Ini bermakna Melayu/Islam di [[Perak]] masih lagi menyokong [[UMNO]]. Kemenangan PAS dan PKR dibantu oleh gelombang 'Makhal Sakthi'. Hanya kemenangan Menteri Besar di N51 [[Pasir Panjang]] dianggap selesa. Sepatutnya UMNO boleh membentuk kerajaan tetapi UMNO tidak bertanding atas tiket parti UMNO sebaliknya atas tiket [[Barisan Nasional]].
 
PAS hanya agak kuat di [[Parit Buntar]] dan [[Bagan Serai]] yang ramai Melayu/Islam. [[Selama]] , [[Batu Kurau]], kawasan [[Perak Tengah]] dan [[Perak Selatan]] kekal milik [[UMNO]]. [[Parit]] membuat kejutan pada tahun [[Pilihan Raya Umum Malaysia 1999|1999]] tetapi terus kecundang dalam dua pilihan raya berikutnya, [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2004|2004]] dan [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008|2008]]. [[Kuala Kangsar]] , [[Lenggong]] dan [[Gerik]] terus kukuh bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi menteri.
 
[[DAP]] tidak ada wakil [[Melayu]] sebagaimana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan perkenan [[Sultan Perak]] sendiri. Sepatutnya [[Menteri Besar Perak]] dilantik dari kalangan PKR kerana ada 9 kerusi. Tetapi Adun PAS dipilih kerana kredibiliti Datuk [[Mohammad Nizar Jamaluddin]] yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. <ref>[http://pasberuas.blogspot.com/2008/07/kerajaan-pr-perak-akan-tumbang-renungan.html Kerajaan PR Perak akan Tumbang]</ref>
 
Beberapa keputusan kerajaan PR dipertikaikan oleh [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]]. Contohnya perlantikan Speaker dan Timbalan Speaker DUN Perak dari kalangan bukan Melayu. Speaker DUN Perak ialah [[V Sivakumar]] . Adun [[Jelapang]], [[Hee Yit Foong]] dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak. Isu lain ialah status milik tanah di kampung baru dan kampung tersusun. Perak juga menukar kereta rasmi dari [[Proton Perdana]] kepada [[Toyota Camry]].
 
==Lompat melompat parti==
Perubahan 16 September 2008 dianjurkan oleh Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] berasaskan strategi lompat parti dan tidak dianggap kesalahan moral. Beberapa wakil PR merisik hingga ke [[Taiwan]] setelah sekumpulan 49 ahli Parlimen [[Barisan Nasional]] diberi cuti 'lawatan sambil belajar' teknologi pertanian dan perindustrian di [[Taipei]], [[Taiwan]] agar 16 September tidak menjadi kenyataan.
 
Jarang-jarang pilihan raya kecil dimenangi oleh pembangkang di Malaysia. Tetapi Datuk Seri [[Anwar Ibrahim]] menang dalam [[Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008]] . [[Mohd Abdul Wahid Endut]] dari [[PAS]] menang dalam [[Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009]]. Lantaran teori domino mula menjalar di kalangan [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]]. Sedangkan Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] akan mengambilalih kepimpinan negara Malaysia menjelang [[Perhimpunan Agung UMNO 2009]] pada Mac 2009.
 
Tidak semena-mena Datuk [[Nasarudin Hashim]] , Adun [[Bota]], [[Perak]] mengumumkan beliau menyertai [[PKR]]. Ramai pemimpin UMNO Perak mengecam tindakan beliau dan ada yang memujuk agar beliau kembali kepada [[UMNO]]. Segala masalah UMNO dan rasa terkilan kerana disingkirkan dari jawatan pengerusi [[Felcra]] dan lain-lain diselesaikan secara muhibah. Mantan [[Menteri Besar Perak]] Datuk [[Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali]] berasa bertanggungjawab dan meletakkan jawatan pengerusi perhubungan UMNO Perak.
 
Tindakan drastik diambil oleh beberapa pihak untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap [[UMNO]]. Strategi spontan ialah [[Jamaluddin Mohd Radzi]] ([[PKR]]) dan [[Mohd Osman Mohd Jailu]] dilompatkan dari [[PKR]] sungguhpun membawa [[Isu Exco Perak ditangkap 2008|imej terpalit]]. Kemudian Adun [[DAP]] dari [[Jelapang]], [[Hee Yit Fong]] turut menjadi Adun Bebas. Dr [[Mahathir Mohamad]] bimbang kemasukan mereka tidak akan menjernihkan keadaan malah menambah imej [[rasuah]] dalam [[UMNO]]. Perbicaraan di mahkamah pada 10 Februari 2009 berhubung kes rasuah dan seks mereka pasti menambah skeptikal masyarakat.
 
Surat perletakan jawatan tanpa tarikh diterima oleh Speaker DUN Perak dan diserahkan kepada [[Suruhanjaya Pilihanraya]]. Sepatutnya dua pilihan raya kecil Behrang dan Changkat Jering diadakan kerana surat itu ditandatangani pada Mac 2008 tanpa paksaan. Tetapi pengerusi baru [[SPR]] meragui kredibiliti surat itu berasaskan kepentingan awam sebagaimana kes lampau.
 
==Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak==
Pilihan raya Negeri Perak 2009 hampir diadakan secara mengejut setelah [[Menteri Besar Perak]], Datuk [[Muhammad Nizar Jamaluddin]] mengumumkan [[Dewan Undangan Negeri Perak]] dibubarkan. Peristiwa penuh dramatik ini berikutan ada ura-ura [[Timbalan Perdana Menteri Malaysia]] , Datuk Seri [[Najib Tun Razak]] akan mengadakan sidang tergempar di [[Putrajaya]] pada jam 4.00 petang . Sebelum ini sidang media pada jam 3.05 petang, Menteri Besar Perak hanya dihadiri 27 daripada 59 [[Ahli Dewan Undangan Negeri|ADUN]] sahaja.Antara [[Ahli Dewan Undangan Negeri|ADUN]] [[Pakatan Rakyat]] yang tidak hadir termasuklah Datuk [[Nasharudin Hashim]] , [[Jamaluddin Mohd Radzi]] dan [[Mohd Osman Mohd Jailu]] . Menteri Besar akan menemui Sultan Perak pada jam 4.00 bagi memaklumkan keputusan kerajaan negeri tersebut. Sultan Azlan Shah dikatakan berada di [[Kuala Lumpur]] tetapi sebenarnya berada di [[Istana Kinta]] di Jalan Harimau, Ipoh, Perak. Sejak 2008, banyak acara istana , [[Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah|Raja Nazrin]] memainkan peranan.
 
[[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah|Sultan Azlan Shah]] menangguhkan keputusan membubarkan DUN Perak sehingga esoknya. [[Najib Tun Razak]] selaku pengerusi perhubungan UMNO Perak yang baru turut menghadap [[Sultan Perak]] di [[Istana Kinta]]. Selaku mantan [[Ketua Hakim Negara]], Sultan Azlan memanggil 31 Adun (saksi) yang memihak kepada [[BN]] untuk memastikan ketulenan perpaduan [[BN]].
 
==Penubuhan kerajaan BN di Perak==
Pada jam 5.40 petang hari Rabu , [[4 Februari]] [[2009]], Barisan Nasional menubuhkan kerajaan negeri secepat mungkin setelah mendapat 4 orang [[Ahli Dewan Undangan Negeri|ADUN]] daripada PKR dan DAP termasuk [[Ahli Dewan Undangan Negeri|ADUN]] Bota yang kembali kepada UMNO, melompat kepada [[Barisan Nasional]] dan menyatakan ketidakpercayaan kepada kerajaan negeri ketika itu. Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut di Putrajaya. Semua [[Ahli Dewan Undangan Negeri|ADUN]] Barisan Nasional negeri Perak turut serta dalam sidang media itu.
 
Hasilnya pada 5 Februari 2009, Sultan Perak akur dengan majoriti 27 Adun [[UMNO]], 1 Adun [[MCA]] dan 3 Bebas . Oleh itu pembubaran DUN Perak tidak perlu. Datuk [[Mohammad Nizar Jamaluddin]] bersama barisan exco hendaklah meletakkan jawatan. Nama Adun [[Pangkor]], Datuk Dr [[Zambry Abdul Kadir]] dilihat lebih wibawa menjadi [[Menteri Besar Perak]] . Turut disebut termasuklah ADUN [[Manong]], Datuk [[Ramly Zahary]] yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, ADUN [[Sungai Manik]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak, [[Zainol Fadzi Paharudin]] dan ADUN [[Belanja]], Datuk [[Mohd Zaim Abu Hassan]] serta ADUN [[Kota Tampan]], Datuk [[Shaarani Mohamad]]. Majlis rasmi perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak ke-11 akan diadakan di [[Istana Iskandariah]], [[Bukit Chandan]], [[Perak]] pada 6 Februari.
 
Hasilnya pada 5 Februari 2009, Sultan Perak akur dengan majoriti 27 Adun [[UMNO]], 1 Adun [[MCA]] dan 3 Bebas . Oleh itu pembubaran DUN Perak tidak perlu. Datuk [[Mohammad Nizar Jamaluddin]] bersama barisan exco hendaklah meletakkan jawatan. Nama Adun [[Pangkor]], Datuk Dr [[Zambry Abdul Kadir]] dilihat lebih wibawa menjadi [[Menteri Besar Perak]] . Turut disebut termasuklah ADUN [[Manong]], Datuk [[Ramly Zahary]] yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, ADUN [[Sungai Manik]] yang juga Ketua Pemuda UMNO Perak, [[Zainol Fadzi Paharudin]] dan ADUN [[Belanja]], Datuk [[Mohd Zaim Abu Hassan]] serta ADUN [[Kota Tampan]], Datuk [[Shaarani Mohamad]]. Majlis rasmi perlantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak ke-11 akan diadakan di [[Istana Iskandariah]],[[Bukit Chandan]],[[Perak]] pada 6 Februari.
==Bantahan Pakatan Rakyat==
Pada 5 Februari 2009, semua pemimpin [[Pakatan Rakyat]] berkumpul di kediaman menteri besar di [[Ipoh]], [[Perak]] dan membuat keputusan terbaik buat [[PR]]. Mohammad Nizar mengumumkan tidak dapat mematuhi kehendak [[Sultan Perak]] kerana keputusan mahkamah diperlukan. Kira-kira 5000 penyokong [[Pakatan Rakyat]] berkumpul di Ipoh dan dikawal oleh Unit Amal PAS.
 
==Rujukan==