Krisis politik Perak 2009: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
Pada 5 Februari 2009, semua pemimpin [[Pakatan Rakyat]] berkumpul di kediaman menteri besar di [[Ipoh]], [[Perak]] dan membuat keputusan terbaik buat [[PR]]. Mohammad Nizar mengumumkan tidak dapat mematuhi kehendak [[Sultan Perak]] kerana keputusan mahkamah diperlukan. Kira-kira 5000 penyokong [[Pakatan Rakyat]] berkumpul di Ipoh dan dikawal oleh Unit Amal PAS.
 
Beberapa laman web dan SMS menyeru orang ramai pergi ke Ipoh untuk memberi sokongan kepada Mohammad Nizar.
 
Selepas sembahyang Jumaat, 6 Februari 2009, kira-kira 1000 mengadakan demonstrasi jalanan di perkarangan [[Masjid Ubudiah]],[[Bukit Chandan]]. Masjid ini kira-kira 1 km dari [[Istana Iskndariah]] tempat berlangsungnya majlis perlantikan menteri besar yang baru, Datuk Dr [[Zamry Abdul Kadir]]. Beberapa penyokong PAS baring di atas jalan raya, membaling batu dan menyekat kenderaan orang kenamaan dari memasuki [[Istana Iskandariah]]. Kereta rasmi [[Raja Muda Perak]] , [[Raja Nazrin]] dikerumuni orang ramai, terkena balingan batu dan cermin sisi pecah. Jam 3.00 FRU terpaksa melepaskan puluhan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang menjerit-jerit ras tidak puas hati. Kerajaan Pakatan Rakyat ditegakkan melalui 3 juta undi di Perak tetapi ditumbangkan akibat 3 Adun lompat dan lompat semula parti.Daru sudut agama, [[Mufti Perak]], Datuk Seri [[Harussani Zakaria]] menyatakan tunjuk perasaan, maki hamun dan merosakkan harta benda, bukan [[budaya Melayu]] dan bertentangan dengan ajaran [[Islam]].
 
Saman akan difailkan oleh [[Karpal Singh]] dan [[Mohammad Nizar Jamaluddin]] terhadap Sultan Perak kerana tindakan ini dianggap tidak mengikut Undang-undang Kerajaan negeri Perak. Saman akan difailkan di [[Mahkamah Tinggi Ipoh]] pada hari Selasa, 10 Februari 2009 kerana perlantikan Zambry Abdul Kadir tidak sah, wujud 2 menteri besar dalam satu masa dan menimbulkan krisis Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
==Rujukan==
{{reflist}}