Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 39:
==Perang Salib==
Frederick tidak terus menuju ke [[Tanah Suci]], sebaliknya dia mula-mula sekali belayar ke [[Cyprus]] yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawannya oleh [[Richard the Lionheart]] dalam perjalanan ke [[Acre, Israel|Acre]] semasa [[Perang Salib Ketiga]]. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun dia dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, [[John of Ibelin, Pemerintah Lama Beirut|John of Ibelin]]. Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John di tanah besar, [[Beirut]] kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini dia telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan dia tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang salib tersebut apabila ia mengalihkan puak [[Ibelin]] yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka menentang maharaja tersebut.
 
Sebagai ibukota [[Kerajaan Jerusalem]] pada nama dan kerusi [[Patriarch Latin Jerusalem|Kepatriarchan Latin]], Acre berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan [[Kesatria Teutonik]] menyokongnya, namun Patriarch [[Gerald of Lausanne]] menyebelahi pihak Pope yang bermusuhan dengannya. Apabila berita pengucilan Frederic tersebar, sokongan umum terhadapnya merosot dengan mendadak. Kedudukan [[Kesatria Hospital]] dan [[Kesatria Kuil]] adalah lebih rumit; walaupun mereka enggan menyertai pasukan tentera maharaja tersebut secara langsung, mereka menyokong perang salib tersebut apabila Frederick bersetuju untuk membuang namanya daripada perintah-perintah rasmi. Pada mulanya para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut Frederick, tetapi mereka berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut dan keinginannya untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan Frederick terhadap John of Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata terhadap urusan perlembagaan para pembesar tersebut.
 
==Kesan==