Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 43:
 
Meskipun berada bersama-sama dengan pasukan-pasukan kesatria tersebut di atas kapal, pasukan tentera Frederick hanyalah bayang-bayang pasukan tentera tersebut semata-mata yang dikumpulkan apabila perang salib itu dilancarkan pada asalnya. Dia sedar bahawa satu-satunya harapan yang tinggal untuk mencapai kejayaan di Tanah Suci ialah rundingan penyerahan Jerusalem disebabkan dia kekurangan tenaga manusia untuk bertempur dengan empayar [[Bani Ayyubiyah]] dalam medan pertempuran. Frederick berharap agar satu tanda kekuatan angkatan bersenjata, satu ancaman kemaraan ke pantai cukup untuk menyakinkan [[al-Kamil]], [[sultan]] [[Mesir]] supaya menghormati perjanjian yang disyorkan yang telah dirundingkan beberapa tahun dahulunyasebelum kemangkatan [[Al-Mu'azzam|al-Muazzam]], gabenor [[Damsyik]]. Sultan Mesir itu yang sibuk dengan pembanterasan angkatan-angkatan bersenjata di Syria, bersetuju untuk menyerahkan Baitul Maqdis kepada [[orang Frank]] beserta dengan koridor sempit ke pantai.
 
Di samping itu, Frederick menerima [[Nazareth]], [[Sidon]], [[Jaffa]] dan [[Bethlehem]]. Ketuanan-ketuanan yang lain mungkin kembali ke dalam penguasaan [[orang Kristian]], namun ada sumber yang tidak bersetuju. Ini bagaimana pun adalah perjanjian tolak ansur. [[Orang Islam]] masih tetap menguasai kawasan [[Al-Haram al-Sharif]] di Baitul Maqdis, Masjid [[al-Aqsa]] dan [[Qubbah Sakhrah]]. Kota-kota di [[Transjordan]] kekal dalam tangan Bani Ayyubiyah, dan sumber-sumber Arab menyebutkan bahawa Frederick tidak dibenarkan membaikpulih kubu pertahanan Baitul Maqdis. Perjanjian itu yang disempurnakan pada 18 Februari 1229 melindungi kedamaian sementara selama 10 tahun.
 
==Kesan==