Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 46:
Di samping itu, Frederick menerima [[Nazareth]], [[Sidon]], [[Jaffa]] dan [[Bethlehem]]. Ketuanan-ketuanan yang lain mungkin kembali ke dalam penguasaan [[orang Kristian]], namun ada sumber yang tidak bersetuju. Ini bagaimana pun adalah perjanjian tolak ansur. [[Orang Islam]] masih tetap menguasai kawasan [[Al-Haram al-Sharif]] di Baitul Maqdis, Masjid [[al-Aqsa]] dan [[Qubbah Sakhrah]]. Kota-kota di [[Transjordan]] kekal dalam tangan Bani Ayyubiyah, dan sumber-sumber Arab menyebutkan bahawa Frederick tidak dibenarkan membaikpulih kubu pertahanan Baitul Maqdis. Perjanjian itu yang disempurnakan pada 18 Februari 1229 melindungi kedamaian sementara selama 10 tahun.
 
Frederick memasuki Baitul Maqdis pada 17 Mac 1229, dan menghadiri majlis kemahkotaan pada hari berikutnya. Tidak diketahui samada dia menginginkan ini ditafsirkan sebagai pemahkotaan rasminya sebagai Raja Baitul Maqdis; walau apa sekalipun ketidakhadiran patriarch Gerald menyebabkan ia tidak sah. Wujud bukti yang menunjukkan bahawa mahkota yang dipakai Frederick sebenarnya adalah mahkota diraja,<ref>''Crusading and the Crusader States'', Jotischky, (Edinburgh, 2004), 225.</ref> tetapi apa sekalipun tindakan mengisytiharkan ketuanannya ke atas Baitul Maqdis adalah satu perkara yang bersifat provokatif. Dari segi undang-undang, dia sebenarnya hanyalah pemangku bagi anaknya [[Conrad IV of Germany|Conrad II of Jerusalem]], satu-satunya anak Yolande dan cucu Maria of Montferrat anddan John of Brienne yang dilahirkan sejurus sebelum pemergian Frederick pada tahun 1228.
 
==Kesan==