Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 49:
 
==Kesan==
Kerana mempunyai hal-hal yang perlu diuruskan di tanahir sendiri, Frederick meninggalkan Baitul Maqdis pada bulan Mei. Walaupun dia gagal membuatkan Pope menarik balik pengucilan, namun kini Frederick telah menunjukkan bahawa satu-satu perang salib mampu berjaya sekali pun tanpa kelebihan dari segi ketenteraan mahu pun sokongan pihak Pope. Perdamaian sementara itu yang tidak diterima pada mulanya berakhir pada 1239; Baitul Maqdis diambilalih oleh [[orang Turki Khwarezm]] dalam satu [[Pengepungan Baitul Maqdis (1244)|pengepungan]] pada tahun 1244.<ref>[http://www.britannica.com/ebc/article-242895 Jerusalem (Israel) - Britannica Online Encyclopedia<!-- Bot generated title -->]</ref>
 
Frederick telah mewujudkan duluan dalam mencapai kejayaan perang salib tanpa penglibatan pihak Pope. Perang-perang salib selanjutnya dilancarkan oleh raja-raja perseorangan seperti [[Louis IX dari Perancis]] ([[Perang Salib Ketujuh]] dan [[Perang Salib Kelapan]]) dan [[Edward I dari England]] ([[Perang Salib Kesembilan]]) yang sebenarnya menunjukkan penghakisan kekuasaan pihak Pope.
 
==Rujukan==