Jengka 17: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
Felda Jengka 17 telah dibuka pada tahun 1977. Kegiatan ekonomi utama sudah tentulah perladangan [[kelapa sawit]] yang dimiliki oleh peneroka Felda. Selain itu, penduduk juga terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi lain seperti penternakan [[lembu]] secara feedlot, penternakan [[ayam]] pedaging dan penternakan [[kambing]]. Aktiviti perniagaan juga agak rancak dengan penglibatan masyarakat peneroka yang membuka kedai-kedai runcit, kedai makan, kedai memperbaiki barangan elektrik, bengkel kenderaan dan kedai gunting.
 
Dua syarikat utama yang terdapat di Jengka 17 ialah Koperasi Serbaguna Felda Sri Pagi Jengka 17 Berhad dan Prima Murni Intercity Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat ini dimiliki oleh warga Jengka 17.
 
Antara kemudahan awam yang terdapat di Jengka 17 ialah SK Jengka 17, Sekolah Agama Nurun-Najjah, Masjid Ar-Rahmaniah, Tabika KEMAS, balairaya, padang awam dan surau-surau. Jengka 17 terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krau dan DUN Jengka.
 
[[Kategori:FELDA]]