Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnu Haron (bincang | sumb.)
Ibnu Haron (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 30:
*'''Buku Glosari''': Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.
 
Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat oleh [[Dong Jiao Zong]] satu kompromi oleh Majlis Tertinggi [[Barisan Nasional]], satu formula “2-4-3” telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik, manakala bagi Tahap II, formula “6-2-3-2” telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan tersebut.<ref name=djz>[http://www.djz.edu.my/resource/math/PDF/memorandum_bm.pdf KEMBALIKAN BAHASA IBUNDA: Mengembalikan Penggunaan Bahasa Ibunda Sebagai Bahasa Pengantar Dan Bahasa Peperiksaan Bagi Mata Pelajaran Sains Dan Matematik Di Sekolah Rendah; Memorandum kepada Y.A.B. Dato’Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Daripada Pertubuhan-Pertubuhan Pendidikan Pelbagai Kaum], 27 November 2007]</ref>
 
==Hasil dan reaksi==
Baris 46:
Pihak [[Universiti Pendidikan Sultan Idris]] menerbitkan hasil kajian mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, berasaskan tiga kali tinjauan soal selidik dan ujian terhadap murid-murid Tahun Lima, iaitu pada bulan-bulan Februari 2007 (sampel bersaiz 1564 orang) dari 27 buah sekolah rendah; Julai 2007 (636 orang) dari 13 buah sekolah; dan Januari 2008 (1703 orang) dari 28 buah sekolah. Menurut abstrak kajian tersebut<ref>{{cite journal|title=KESAN DASAR PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH RENDAH|author=Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron et. al.|year=2008|month=April|url=http://www.nst.com.my/Current_News/NST/PDF/Math-Science%20Report|accessdate=2008-09-07}}</ref>: {{cquote|Lebih 80% murid menyatakan yang guru Matematik dan Sains mereka mengguna campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70% murid menyatakan mereka ‘tidak faham/kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan dan 80% Sains dalam Bahasa Inggeris, dan mereka ‘sukar/agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi murid dalam Ujian Matematik dan Sains rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Bagi kohort Januari 2008 skor min Matematik 7.89 daripada skor maksimum 20.0; dan skor min Sains hanya 4.08 daripada maksimum 14.00. Skor min Bahasa Inggeris juga rendah iaitu 11.87 daripada skor maksimum 31.0. Kelemahan ini nyata sekali di kalangan murid Melayu dan murid Orang Asli, berbanding murid Cina dan India. … Dapatan dari kajian-kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai, bahkan negatif: ia menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris pelajar.}}
 
Kajian ini turut menerima bidasan oleh sesetengah pihak kerana kajiannya yang tidak kurang kepincangannya. Antara kelemahan utama yang ditelunjukditekankan ialahadalah: kelemahan guru berbahasa Inggeris dikaitkan dengan kegagalan dasar padahal ini masih boleh dibaiki; kekurangan analisa statistik dalam data yang memerlukan sampel terlibat dibahagi mengikut latar belakang sekolah dan murid; ketiadaan kelompok kawalan sebagai alat perbandingan statistik untuk mengukuhkan hujahnya, memandangkan semua sekolah mengajar dalam bahasa Inggeris<ref>{{cite news|title=Continue Teaching Science and Maths in English|date=2008-09-15|url=http://blog.limkitsiang.com/2008/09/15/continue-teaching-science-and-mathematics-in-english-2/|accessdate=2008-09-16}}</ref>; perbandingan hasil soalan berbahasa Inggeris dan soalan berbahasa Malaysia, yang mana hanya 37.3% menjawab soalan berbahasa Malaysia berkenaan dengan betul berbanding 39.6% yang menepati soalan berbahasa Inggeris itu, menjadikan hasil kajian ini seolah-olah tidak menyokong dengan sebaiknya saranan kajian ini agar memansuhkan dasar ini.<ref>{{cite news|title=Teaching SCIENCE & MATH IN ENGLISH: Survey conclusions may be flawed, not policy|author=Noraini Yaacob|publisher=[[New Straits Times]]|date=2008-09-12|url=http://twosen.com/2008/09/12/teaching-science-math-in-english-survey-conclusions-may-be-flawed-not-policy/|accessdate=2008-09-13}}</ref>
 
===Reaksi dari bidang pendidikan===
Baris 59:
Perbahasan mengenai dasar PPSMI tidak terlepas pandangan ahli politik, baik pihak pembangkang mahupun pemerintah. Antara ahli politik yang mendukung dasar PPSMI ialah [[Mukhriz Mahathir]], anak kepada pencadang dasar itu sendiri. Beliau pernah menyatakan bahawa tujuan mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukanlah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, sebaliknya memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam bidang sains dan matematik melalui pengetahuan bahasa Inggeris.<ref>{{cite news|title=Mukhriz enlightens the critics|author=Ng U-En|publisher=The Malay Mail|date=|url=http://72.14.235.132/search?q=cache:21k08sGeXAAJ:www.mmail.com.my/Mukhriz_enlightens_the_critics.aspx+%22Mukhriz+enlightens+the+critics%22&hl=en&ct=clnk&cd=2&gl=my|accessdate=2008-12-21|language=Bahasa Inggeris}}</ref>
 
Pada April 2008, pemimpin [[De facto|de facto]] [[Parti Keadilan Rakyat]], [[Anwar Ibrahim|Datuk Seri Anwar Ibrahim]], pada April 2008, berkata "Pakatan Rakyat tetap tidak akan bertolak ansur mengenai kedudukan bahasa kebangsaan dan lain-lain hal yang telah diputuskan melalui Perlembagaan Persekutuan sebelum ini, dan "pimpinan mestilah serius dalam usaha meletakkan semula bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik."<ref name=dsai>{{cite news|title=Agenda Pakatan Rakyat selepas merdeka daripada penjajahan BN|author=H Fansuri|publisher=[[Harakah]]|date=2008-04-16|url=http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=13962&Itemid=50|accessdate=2008-07-25}}</ref> Anwar mengulangi ikrar beliau untuk mengembalikan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda sewaktu parti campuran [[Pakatan Rakyat]] pimpinan beliau menerima memorandum membantah PPSMI dari Gerakan Mansuhkan PPSMI di [[Kuala Terengganu]] pada 15 Januari 2009.<ref>{{cite news|title=Pakatan Rakyat mahu rombak semula PPSMI|author=Lanjusoh, Khairul Azlam Mohamad, Intan Abdullah|publihser=[[Harakah]]|date=2009-01-15|url=http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=18829&Itemid=5|accessdate=2009-01-19}}</ref>
 
[[Khairy Jamaluddin]], naib ketua [[Pemuda UMNO]], turut menggesa agar dikembalikan bahasa kebangsaan sebagai perantara mata pelajaran Sains dan Matematik. Katanya, "(Berdasarkan maklum balas akar umbi) bahasa Inggeris jadi tembok penghadang untuk fahami sains dan matematik. Guru pun ada masalah untuk mengajar, bukan sahaja lidah tergeliat, proses pengajaran juga terencat. Saya takut yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran." Tambahnya lagi, cara terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ialah dengan memantapkan teknik pengajaran subjek itu secara menyeluruh, antara lain dengan memperkenalkan pelajaran sastera bahasa Inggeris di sekolah.<ref name=khairy>{{cite news|title=Pemuda: Kembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam BM|date=2007-11-08|publisher=[[Bernama]] ([[mSTAR Online]])|url=http://www.mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1ea7a33a-c0a85062-97d5ad00-583f8e21|accessdate=2008-07-26}}</ref>