Elizabeth Wong Keat Ping: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnu Haron (bincang | sumb.)
Laman baru: right|thumb|Foto YB Elizabeth (Sun) YB '''Elizabeth Wong Keat Ping''' atau Elizabeth Wong (bahasa Cina:黄洁冰) sebagai merupakan ahli pol...
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 19:25, 16 Februari 2009

YB Elizabeth Wong Keat Ping atau Elizabeth Wong (bahasa Cina:黄洁冰) sebagai merupakan ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat berketurunan Cina dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan.

Fail:Elizabeth-wong.jpg
Foto YB Elizabeth (Sun)

Aktivis hak asasi manusia

Beliau terlibat di dalam hak asasi manusia semenjak dari zaman pelajarnya di Sydney dan seterusnya semasa kerjanya di Nepal. Beliau pernah menjadi setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dari tahun 2000 hingga 2006 (sekarang ini menjadi ahli Ex-Com), satu ahli sekretariat Suaram dan telah menjadi fellow hak asasi manusia bagi Majlis Carnegie bagi etika dan Hal Ehwal Antarabangsa (2002-03). Beliau juga menjadi seorang perunding politik dan telah melibatkan diri di dalam pembinaan Kaukus Antara Parlimen Asean bagi Myanmar dan juga Kempen Pembebasan dan Demokrasi bagi Hak Asasi Manusia di Aceh.[1]

Penglibatan di dalam politik

Elizabeth telah memasuki arena pilihan raya sebagai satu calon di bawah Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Pilihanraya Umum Malaysia 2008 dan pada 8 Mac 2008, Wong telah dipilih menjadi ADUN Bukit Lanjan dengan satu majoriti lebih 5000, majoriti kedua terbesar telah dimenangi oleh PKR di Selangor.

Buat pertama kali juga kerusi ini jatuh ke Pakatan Rakyat. Sejarah terbentuk kemudian apabila kerusi Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor - negeri yang paling maju dan makmur di Malaysia, bersama-sama negeri-negeri Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau telah dilantik menjadi Exco negeri Selangor, di dalam Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar.

Di peringkat akar umbi, beliau merupakan Ketua Informasi Wanita PKR dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.