Perbezaan antara semakan "Geng: Pengembaraan Bermula"

'''Oopet''' ialah seekor makhluk ganjil yang ditemui di dusun Tok Dalang. Ia berasal dari suatu dimensi lain yang boleh dimasuki melalui sesuatu gerbang ajaib. Dia berada di dunia kita kerana hendak mencari ibunya dan selalu mencuri durian yang menyerupai buah kegemarannya di dunia asalnya. Begitu kemas potongan Oopet sehingga menyebabkan penduduk kampung percaya wujudnya "Hantu Durian". Rupa-rupanya ibunya ditangkap oleh kumpulan Pak Mail yang hendak menjual makhluk istimewa tersebut, oleh itu dia bersama Badrol Lim, Rajoo, Ros, Upin dan Ipin berusaha menyelamatkan ibunya.
 
Di samping itu, geng berenam tersebut juga bertembung dengan seekor ular tedung besar dan sekawan lintah gergasi di bawah tanah. Mereka juga bertembung dengan dua ekor "raksasa" berupa tengkorak dan berduri, yang rupa-rupanya adalah konco-konco Pak Mail yang menyamar. Oleh itu, "Hantu Durian" yang digeruni penduduk Kampung Durian Runtuh ini sebenarnya merupakan manifestasi lebih dari satu hidupan: potongan durian yang halus sebenarnya merupakan kerja Oopet, sementara wajah "mengerikan" yang diceritakan Tok Dalang mungkin antara raksasa-raksasa lain ataupun konco-konco Pak Mail yang menyamar, yang diperlihatkan sepanjang filem.
 
==Penerbitan==
Pengguna awanama