Album studio: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
ZcrBz (bincang | sumb.)
menambah kandungan
Baris 1:
'''Album studio''' merujuk kepada himpunan asli [[lagu]]-lagu baru oleh sesebuah [[artis]] rakaman. IaAlbum sebegini merupakan majoriti [[album lagu]] yang dihasilkan seseorang [[penyanyi]].
 
==Maklumat sepintas pandang==
Pada umumnya, album-album studio mengandungi lagu-lagu asal dan baru yang dirakam oleh sesebuah [[pemuzik]]. Justeru, album tersebut pada kebiasaannya tidak mengandungi lagu-lagu [[rakaman langsung]] serta [[remix]]. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah album studio memuatkan runut rakaman langsung dan remix, biasanya lagu-lagu tersebut akan dianggap sebagai "[[lagu bonus]]".
 
Album studio merupakan album-album yang dianggap sebagai album ''kemas''. Hali ini demikian kerana bahan-bahan yang terkandung dalamnya adalah bersifat asli dan belum pernah dilancarkan sebelumnya.
 
Album studio juga selalunya jenis album yang mendapat hasil jualan tertinggi.
 
==Unsur-unsur dalam album studio==
Oleh kerana album studio sering dipersembahkan kepada khalayak umum sebagai album yang kemas dan tersedia, kebanyakan album studio telah dimasukkan elemen-elemen tambahan, teknik penerbitan dan "hiasan".
 
Antara aspek-aspek istimewa album studio adalah seperti:
* '''''Segue''''' - ''Segue'' [ˈsɛgweɪ] (datang daripada perkataan [[Bahasa Itali|Itali]] yang bermaksud "ia mengikuti") ditakrifkan sebagai pertukaran yang lancar dari satu [[topik]] atau [[seksyen]] ke seterusnya. Bagi bidang muzik, ''segue'' (ataupun ''[[attacca]]'' dalam [[muzik klasikal]]) membawa maksud ''sambung (ke bahagian seterusnya) tanpa henti''. Dalam album studio, teknik ini digunakan untuk menyambung satu lagu dengan satu lagu yang lain. Hal ini menyebabkan lagu-lagu tersebut kedengaran seperti tersambung. Sebagai contohnya, dalam album ''[[Volta]]'' oleh [[Björk]], lagu "Hope" dan "[[Declare Independence]]" dihubungkan dengan ''segue'' berbunyi [[alat tiup]].
 
* '''Kesan bunyi''' - Juga dikenali sebagai "kesan audio", kesan bunyi merujuk kepada [[bunyi]]-bunyian yang dicipta atau dipertingkatkan kualiti secara [[sintetik]]. Biasanya, kesan bunyi bersifat kecil akan dirakam di dalam [[studio]], dengan keadaan terkawal sementara keaan bunyi yang besar pula dirakam di luar studio, dan melibatkan [[juruteknik]] dalam bidang tertentu. Bunyi ini kemudiannya disesuaikan dengan lagu-lagu yang dimuatkan ke dalam album studio. Contoh-contoh kesan bunyi adalah seperti [[kain]] dikoyak, [[letupan]], [[bom]] dan sebagainya.
 
* '''Bunyi ''readymade''''' - Bunyi ''readymade'' atau "bunyi dijumpai" pula ialah bunyi yang diambil atau diekstrak daripada [[objek]] serta bahan yang secara umumnya tidak diambil kira sebagai perkakas [[rakaman]] konvensional. Satu contoh album studio yang telah menggabungkan aspek ini ialah ''[[Végétal]]'' karya [[Émilie Simon]] di mana pelbagai bunyi-bunyian telah diambil daripada [[tumbuh-tumbuhan]] sebenar.
 
==Lihat juga==
* [[Album lagu]]
* [[Album konsep]]
* [[Album himpunan]]
* [[Album langsung]]
 
{{Album lagu}}