Perbezaan antara semakan "Lapisan pautan data"

tiada ringkasan suntingan
{{ModelOSI}}
'''Lapisan pautan data''' adalah lapisan kedua dalam [[model OSI]] dan [[model TCP/IP]] bagi protokol perhubungan data di dalam [[rangkaian komputer]]. Lapisan inipautan data memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian.
 
Lapisan pautan data dibina oleh dua sub lapisan iaitu:
[[Kategori:Protokol OSI]]
 
* Pengawal saringan media (''Media Access Control'' '''(MAC)''')
* Pengawal pautan logik (''Logical Link Control'' '''(LLC)''')
 
==Penghantaran unit-unit data yang bebas dari ralat==
Unit-unit data diterima dari [[lapisan rangkaian]] dan menambahkan bit yang mengandungi alamat dan lain-lain maklumat kawalan dipangkal unit data (''header'') dan di penghujungnya (''trailer''). Unit data yang telah mengandungi maklumat tambahan ini dinamakan ''frame''.
 
==Kawalan aliran dan mengesan ralat==
Protokol-protokol di lapisan ini akan mengawasi hak peranti untuk membuat penghantaran, bagaimana hendak membetulkan ralat yang terhasil semasa penghantaran, dan bagaimana untuk mengawal supaya penghantaran ini tidak membebankan penerima.
 
''Header'' dan ''trailer'' juga menyimpan maklumat mengenai ke segerakan (''synchronize''), iaitu apabila satu bit berhenti barulah satu bit lain mula, turutan, iaitu bahagian mana pada utusan yang diwakili oleh ''frame'', dan sama ada frame terakhir telah sampai seluruhnya atau tidak.
 
''Header'' dan ''trailer'' akan ditambah oleh nod penghantar, kemudian disemak dan di terjemah oleh nod penerima. Apabila nod penerima bersetuju menerima ''frame'' tersebut, ''header'' dan ''trailer''nya akan dibuka dan unit datanya akan dihantar kepada lapisan rangkaian.
 
==Kaedah capaian media==
Lapisan ini mengawal kaedah capaian media, terdapat tiga kaedah capaian media iaitu:
 
=== ''Contention'' ===
Setiap stesen mempunyai peluang yang sama dalam penghantaran data. Jika dua stesen membuat penghantar pada masa yang sama, maka akan berlakulah ralat yang dinamakan sebagai perlagaan (''collision''). Apabila ralat ini berlaku, stesen-stesen berkenaan akan mencuba lagi.
 
=== ''Polling'' ===
Satu peranti utama, pengawal (''controller''), akan mengumpulkan semua peranti dan meminta maklumat sama ada peranti-peranti tersebut ada data yang hendak dihantar atau tidak. Kaedah capaian media seperti ini boleh mengelakkan perlagaan daripada berlaku.
 
=== '''Token passing''' ===
Kaedah capaian media ini menggunakan paket yang dikenali sebagai token. Paket data yang bernama token ini digunakan dalam proses penghantaran maklumat dalam rangkaian. Apabila satu stesen mempunyai token maka ia boleh membuat penghantaran. Jika ia tidak mempunyai token maka ia tidak boleh membuat penghantaran. Teknologi capaian media dengan kaedah ini boleh juga mengatasi masalah perlagaan.
 
==Lihat juga==
* [[Model OSI]]
* [[Rangkaian komputer]]
 
{{Portal sains komputer}}
 
[[Kategori:ProtokolRangkaian OSIkomputer]]
 
[[ar:طبقة وصل البيانات]]
6,607

suntingan