Islam di Rwanda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 112:
Bilangan orang Islam Rwanda meningkat selepas [[Pembunuhan Kaum Rwanda|Pembunuhan Kaum 1994]] kesan daripada kemasukan ke dalam agama Islam dalam jumlah yang besar. Salah satu sebab yang mungkin ialah ramai orang Islam telah memberi perlindungan kepada pelarian-pelarian puak [[Hutu]] dan [[Tutsi]]. Sesetengah pihak menjelaskan bahawa mereka memeluk Islam kerana peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Katolik dan Protestan dalam pembunuhan kaum tersebut. Kumpulan-kumpulan [[hak asasi manusia]] telah mencatatkan beberapa insiden [[pendeta Kristian|pendeta-pendeta Kristian]] memberi kebenaran kepada puak Tutsi untuk mendapatkan perlindungan di dalam gereja, kemudian menyerahkan mereka kepada skuad pembunuh Hutu. Contoh-contoh [[paderi]]-paderi Hutu yang menggalakkan jemaah mereka supaya membunuh puak Tutsi juga telah dicatatkan.<ref name = "WashingtonPost">Emily Wax
. "[http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A53018-2002Sep22.html Islam Attracting Many Survivors of Rwanda Genocide]," ''Washington Post''. Monday, September 23, 2002, Page A10 </ref>
 
Laporan-laporan perseorangan oleh beberapa orang puak Tutsi yang memeluk Islam demi keselamatan diri kerana mereka takut akan pembunuhan tindak balas yang berterusan angkara pelampau puak Hutu, dan tahu bahawa orang Islam dapat melindungi mereka daripada angkara sebegitu. Begitu juga ramai puak Hutu yang memeluk Islam untuk mencari "penyucian". Ramai puak Hutu mahu melupakan masa silam mereka yang diselubungi keganasan dan tidak mahu "mencemari tangan mereka dengan darah". Terdapat sebilangan kecil contoh terasing yang menunjukkan puak Hutu memeluk Islam dengan harapan bahawa mereka dapat bersembunyi di kalangan masyarakat orang Islam dan dengan itu terlepas daripada tangkapan.<ref name = "USIP"/><ref name = "BBC">{{cite news
| last = Walker
| first = Robert
| title = Rwanda's religious reflections
| work =
| language = English
| publisher = BBC
| date = 1 April, 2004
| url = http://news.bbc.co.uk/2/hi/africa/3561365.stm
| accessdate = }}
</ref>
 
==Rujukan==