Bosco Wong: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Rashdan (bincang | sumb.)
Baris 48:
Kerjaya Wong dalam bidang seni bermula pada tahun 1998 apabila beliau ditemui oleh seorang agen pencari bakat dan ditawarkan untuk membintangi iklan komersial bagi sejenis minuman ringan. Iklan ini telah memperkenalkan Wong kepada [[TVB]] yang kemudiannya menghubungi Wong untuk sesi uji bakat. Sebaik sahaja Wong menamatkan persekolahannya(HK Form 7) pada tahun 1999 beliau memilih untuk memulakan kerjayanya di TVB berbanding mengejar impian asalnya untuk menjadi seorang chef. Sebahagian besar tugas Wong buat beberapa tahun pertamanya di TVB adalah mengacarakan beberapa program hiburan dan apabila diberi peluang Wong turut menimba pengalaman dengan melakonkan watak-watak kecil(cameo) untuk beberapa drama TVB.<ref name="early">{{cite web | url = http://www.tvbspacenews.org.uk/1_020405/artiste.html | title = 2005 - Year of the Bosco???}}</ref>
 
Peluang untuk Wong menyerlah sebagai pelakon TV terbuka pada tahun 2003 setelah beliau ditawarkan memegang salah satu watak pembantu di dalam projek mega TVB [[Triumph in the Skies]] dan siri remaja [[Aqua Heroes]]. Wong kemudiannya ditawarkan sebagai watak utama dalam drama kung-fu [[Wong Fei Hung - Master of Kung Fu]] pada tahun berikutnya. Bintang Wong sebagai seorang pelakon kian terserlah setelah beliau membintangi siri drama [[Wars of In Laws]] pada tahun 2005 yang turut melayakkannya merangkul anugerah "Most Improved Actor Award"(Pelakon lelaki dengan peningkatan paling baik) pada tahun yang sama. Kemudiannya, berbekalkan watak mencabar dan lakonan yang semakin baik dalam drama [[Dicey Business]], Wong semakin dikenali dan menyinar sebagai pelakon yang meningkat naik dalam industri TV di Hong Kong.<ref name="upgrade">{{cite web | url = http://bosco-wong.com/news/2006/12/08/bosco-wong-always-upgrading-himself-to-become-king-of-acting/#more-1639 | title = Bosco Wong Always Upgrading Himself to Become King of Acting}}</ref>. Tidak berhenti setakat ini sahaja, Wong turut berusaha melebarkan sayap beliau dalam bidang seni dengan memetrai kontrak bersama sebuah syarikat rakaman dan merakamkan EP pertama beliau pada penghujung 2008.
 
==Lakonan==