Initial D: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Real syden (bincang | sumb.)
Real syden (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 92:
Kisah ini berkisar sekitar tahun 1990-an di daerah Gunma, mengisahkan tentang remaja berusia 18 tahun, Takumi Fujiwara yang membantu ayahnya menjalankan perniagaan kedai tofu dengan menghantar tofu setiap pagi ke sebuah hotel di Akina dengan menggunakan kereta Toyota Sprinter Trueno GT-APEX milik ayahnya. Kemudiannya didedahkan bahawa Takumi memandu di Gunung Akina setiap pagi untuk menghantar tofu ke puncak selama 5 tahun, sebelum memperoleh lesen memandu. Ini menyebabkan skil pemanduannya dalam perlumbaan jalan bukit menjadi tajam, yang mana beliau mampu memandu dalam pelbagai keadaan cuaca.
 
===Peringkat pertama ( First Stage )===
Cerita ini bermula dengan pasukan pelumba jalanan Red Suns, sebuah pasukan dari Gunung Akagi, tiba untuk mencabar pasukan tempatan Akina Speed Stars dalam satu perlumbaan "persahabatan". Selepas melihat pasukan Red Suns mempunyai skil yang tinggi, pasukan Speed Stars menganggapnya sebagai perlumbaan untuk mempertahankan maruah, dan berazam tidak akan dimalukan di laman sendiri. Bagaimanapun, Speed Stars berada dalam dilema kemudiannya apabila ketua pasukan mereka dan pemandu utama turun bukit Iketani terlibat dalam kemalangan ketika latihan.
 
Baris 105:
Abang kepada Keisuke, Ryosuke Takahashi, yang merupakan ketua kepada Red Suns, merangka strategi yang disifatkannya sebagai "strategi sempurna" untuk menewaskan Takumi, berpandukan kepada simulasi komputer yang diciptanya. Ryosuke, yang merupakan pelumba popular dengan gelaran "Komet Putih Akagi" kerana menggunakan kereta Mazda RX-7 Savanna FC3S berwarna putih, mencabar Takumi di Akina. Namun, beliau tewas setelah dipintas oleh Takumi di antara selekoh terakhir Akina sebelum garisan penamat. Ryosuke mengakui bahawa Takumi lebih pantas daripadanya, dan menasihatinya supaya tidak terlalu berpuas hati dengan cabaran di Akina dan menempuhi cabaran lain yang lebih getir.
 
===Peringkat keduaKedua ( Second Stage )===
Kumpulan pelumba yang dikenali sebagai kumpulan EMPEROREmperor, semua pelumba yang menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution, tiba di kawasan Gunma, mengalahkan hampir semua kumpulan pelumba di Gunma. Namun salah seorang daripada mereka, Seiji Iwaki telah dikalahkan oleh Takumi dan ianya telah merosakkan kemenangan berturut-turut mereka. Ketua mereka, Kyouichi Sudo mencabar Takumi berlumba untuk "memberi pengajaran" dan menyembunyikan perlumbaan antaranya dan Ryosuke yang merupakan sasaran utama beliau. Sebelum itu, Takumi secara tidak sengaja telah terlihat Mogi, kekasih hatinya sedang menaiki sebuah kereta Benz bersama dengan seorang lelaki. Ini menyebebkan Takumi berasa amat marah namun dia tetap pergi ke Akagi untuk berlumba dengan Kyouichi Sudo. Malangnya, enjin AE86 Takumi meletup ketika perlumbaan. Walau bagaimanapun, Kyouichi tidak menganggapnya sebagai satu perlumbaan rasmi dan menyuruh Takumi mendapatkan kereta lain yang lebih berkuasa untuk berlumba.
Perlumbaan antara Kyoichi dan Ryosuke turut menyaksikan perbezaan pendapat antara kedua-duanya, yang mana Kyoichi berpendapat bahawa pelumba litar professional mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk berlumba di jalan pergunungan ( touge ), sedangkan Ryosuke berpendapat sebaliknya. Ryosuke berjaya menewaskan Kyoichi setelah menganalisa kelemahan Kyoichi yang tidak mempunyai keyakinan mencukupi untuk mengambil selekoh hala kanan. Ini adalah disebabkan Kyoichi tidak biasa dengan keadaan jalan dua hala, disebabkan touge Irohazaka yang merupakan pangkalan Emperor adalah jalan sehala. Kemenangan ini telah membuktikan bahawa teori Ryosuke adalah tepat.
 
Baris 112:
 
Setelah Takumi menguji enjin baru tersebut, Wataru mencabar Takumi berlumba di mana-mana tempat yang dipilih sendiri oleh Takumi. Memilih trek pangkalan Wataru, Shomaru, perlumbaan itu dijalankan walaupun berisiko tinggi memandangkan keadaan jalan yang sempit, terbiar dan tidak diselenggara dengan betul. Takumi kemudiannya berjaya memintas Wataru di sebuah selekoh sempit, yang mengejutkan pemandu Levin tersebut dan memenangi perlumbaan.
 
===Peringkat Extra ( Extra Stage )===
Diterbitkan sebagai OVA, peringkat ini lebih memfokuskan kepada pasangan pelumba Impact Blue, Mako Satou dan Sayuki. Ini disebabkan populariti mereka di kalangan peminat.
 
Ketika permulaan Extra Stage, Mako sedang berada dalam kekecewaan setelah apa yang difikirkannya sebagai satu 'penolakan' daripada Iketani, apabila rakan lama Sayuki, Shingo ( pelumba Myougi Night Kids ) bersama rakannya Nakazato tiba dan memberi amaran kepada mereka tentang ketibaan pasukan Emperor di daerah itu. Berada dalam keadaan tidak stabil telah memberi kesan kepada pemanduan Mako, dan ianya telah menggugat keyakinannya dalam menghadapi cabaran pelumba pasukan Emperor itu. Kedatangan pasukan Emperor ke Usui telah meletakkan seorang wakil mereka yang memandu Evo 4, yang memandang rendah kemampuan pasangan pemandu wanita itu dan yakin akan menang mudah. Keadaan menjadi sebaliknya apabila pelumba Evo 4 tersebut gagal menyaingi Sil-80 tersebut sehinggalah tiba di selekoh sukar C-121, yang mana Evo 4 tersebut merempuh rel penghalang jalan dan mengakibatkannya hilang kawalan. Shingo dan Nakazato tiba lewat dan tidak sempat melihat keseluruhan perlumbaan, dan menyangkakan pasangan Impact Blue tersebut tewas. Namun, mereka terkejut setelah diberitahu bahawa keadaan berlaku sebaliknya.
 
Mako kemudiannya berhubung rapat dengan seorang lelaki bernama Miyahara, yang merupakan seorang pelumba sebelumnya. Bagaimanapun, dia bercadang untuk berhenti memandangkan beliau sudah hilang minat dan mengetahui bahawa skil dan tekniknya tidak sebaik mana. Malah, beliau bercadang untuk mendapatkan sebuah SUV untuk menggantikan kereta MR2 yang dipandunya sebelum ini. Ketika hubungan mereka berdua semakin rapat, Miyahara mengharapkan Mako supaya berhenti berlumba disebabkan beliau risau akan keselamatannya ketika berlumba.
 
Bagaimanapun, setelah Mako membawanya dalam satu pemanduan di sebuah trek pergunungan, Miyahara kemudiannya memahami yang Mako tidak akan berhenti berlumba dan menyedari yang Mako sebenarnya meminati seorang lelaki lain, Iketani.
 
 
[[Kategori:Anime]]