Perbezaan antara semakan "Sejarah Bahrain"

265 bait ditambah ,  11 tahun lalu
kemas
(Laman baru: ==Sejarah Bahrain== Bahrain telah diduduki oleh manusia sejak zaman pra-sejarah lagi. Lokasinya yang strategik di Teluk Parsi telah membawa kepada pengaruh daripada orang-orang ...)
 
(kemas)
[[Bahrain]] telah diduduki oleh [[manusia]] sejak zaman pra-sejarah lagi. Lokasinya yang strategik di [[Teluk Parsi]] telah membawa kepada pengaruh daripada orang-orang [[Assyria]], [[Babylon]], [[Yunani]], [[Parsi]], dan akhir sekali [[Arab]] (penduduknya kemudian menjadi [[Muslim]]). Bahrain pada zaman silam dikenali sebagai [[Dilmun]] , [[Tylos]] (nama Greeknya), Awal, malah [[Mishmahig]] sewaktu dibawah pemerintahan [[Empayar Parsi]].
==Sejarah Bahrain==
 
Bahrain telah diduduki oleh [[manusia]] sejak zaman pra-sejarah lagi. Lokasinya yang strategik di [[Teluk Parsi]] telah membawa kepada pengaruh daripada orang-orang [[Assyria]], [[Babylon]], [[Yunani]], [[Parsi]], dan akhir sekali [[Arab]] (penduduknya kemudian menjadi [[Muslim]]). Bahrain pada zaman silam dikenali sebagai [[Dilmun]] , [[Tylos]] (nama Greeknya), Awal, malah [[Mishmahig]] sewaktu dibawah pemerintahan [[Empayar Parsi]].
 
Pulau-pulau di Bahrain yang terletak di tengah-tengah sebelah selatan Teluk Parsi berjaya menarik penjajah sepanjang sejarah. Bahrain dalam [[Bahasa Arab]] bermaksud "Dua Laut". Hal ini sama ada merujuk kepada fakta yang pulau ini mempunyai dua sumber air berbeza, air tawar dan air masin atau kepada air disebelah utara dan selatan teluk ini, memisahkannya daripada [[Semenanjung Arab]] dan [[Iran]].
Dari kurun ke-16 masihi sehingga tahun [[1743]], pemerintahan Bahrain sentiasa berubah-ubah di antara [[Portugis]] dan Parsi. Akhirnya, Raja Parsi, [[Nadir Shah]] menguasai Bahrain dan sebagai sebab politik menyokong majoriti [[Syiah]]. Pada lewat kurun ke-18 masihi Keluarga [[Al-Khalifa]] menawan pulau ini. Bagi meneruskan penguasaan terhadap pulau ini dan menghalangnya daripada jatuh kembali ke tangan pihak Parsi, mereka menjalinkan persahabatan dengan [[United Kingdom]] dan menjadi negeri naungan [[British]].
 
Minyak dijumpai pada tahun [[1931]]. Hal ini membawa kepada pemodenan dan pembangunan kepada Bahrain. Ia juga menjadikan hubungan dengan United Kingdom lebih baik. Hal ini dibuktikan dengan British membina lebih banyak pangkalan di pulau itu. Pengaruh British berkembang sambil negara ini berkembang. Hubungan ini mencapai ke tahap kemuncak apabila [[Charles Belgrave]] dilantik menjadi penasihat. Belgrave kemudiannya menubuhkan satu [[sistem pendidikan]] moden di Bahrain.
 
Selepas [[Perang Dunia II]], sentimen anti-British tersebar dengan meluas di seluruh dunia Arab dan ini mengakibatkan berlakunya rusuhan di Bahrain. Pada tahun 1960-an, pihak British menggesa supaya isu Bahrain diberi perhatian oleh masyrakat antarabangsa dan [[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu|PBB]]. Pada tahun [[1970]], [[Iran]] secara terus menerus menuntut haknya terhadap Bahrain dan pulau-pulau lain di [[Teluk Parsi]]. Walau bagaimanapun, dalam satu perjanjian dengan pihak UK, mereka bersetuju untuk tidak meneruskan tuntutannya terhadap Bahrain jika tuntutan Iran yang lain dipersetujui. Hal ini menjamin kemerdekaan Bahrain dan identiti Arabnya. Bahrain sehingga ke hari ini merupakan ahli [[Liga Arab]].
 
British berundur daripada Bahrain pada bulan Ogos [[1971]], menjadikan Bahrain sebagai sebuah negara merdeka. Peningkatan harga [[petroliampetroleum|minyak]] pada tahun 1980-an sangat menguntungkan Bahrain, tetapi penurunannya amat dirasai. Bagaimanapun, negara ini mula mempelbagaikan sektor ekonominya. Peristiwa perang saudara di [[Lubnan]] menguntungkan Bahrain apabila mereka menggantikan [[Beirut]] sebagai [[pusat kewangan]] [[Timur Tengah]].
 
Selepas berlakunya [[Revolusi Iran|Revolusi Islam Iran]] pada tahun [[1979]], fundamentalis [[Syiah]] Bahrain pada tahun [[1981]] telah melancarkan perebutan kuasa. Walau bagaimanapun, percubaan mereka gagal. Pada tahun [[1994]], rusuhan demi rusuhan dilakukan oleh golongan Syiah yang tidak berpuas hati dengan ketidakadilan kerajaan.
 
Pada bulan Mac 1999, [[Hamad ibn Isa al-Khalifah]] menggantikan ayahandanya sebagai ketua negara. Beliau menjalankan pelbagai perubahan, antaranya; memberi hak mengundi kepada kaum wanita dan membebaskan semua tahanan politik.
 
== Lihat juga ==
*[[BahrainSejarah Kuwait]]
*[[Sejarah Qatar]]
 
{{Asia topic|Sejarah}}
 
==[[Kategori:Sejarah Bahrain==| ]]
 
[[ar:تاريخ البحرين]]
[[de:Geschichte Bahrains]]
[[en:History of Bahrain]]
[[fr:Histoire du Bahreïn]]
[[ru:История Бахрейна]]
[[sq:Historia e Bahrainit]]
[[zh:巴林历史]]
65,394

suntingan