Pilihan raya umum Malaysia 1990: Perbezaan antara semakan

Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]], ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO.Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan ditangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS)
 
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, [[Lim Kit Siang]] daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.
 
pilihanraya Umum 1990 merupakan pilihanraya umum yang ke-8 dalam sejarah pilihanraya di negara ini. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan pengundian dijalankan serentak di seluruh negara pada 20 dan 21 Oktober 1990. Selepas tengah malam 22 Oktober 1990, Barisan Nasional (BN) telah diisytiharkan memenangi pilihanraya umum tersebut dan mendapat mandat untuk memerintah Malaysia untuk satu penggal lagi selama 5 tahun. BN juga telah berjaya mengekalkan pengaruh 2/3 daripada kerusi Dewan Rakyat seperti pilihanraya-pilihanraya umum sebelumnya, namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.
 
Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.
Pengguna awanama