Pilihan raya umum Malaysia 1990: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
disalin dari http://www.geocities.com/jogho_online/ilmiah_pilihanraya1990.htm
Baris 5:
Selepas pemilihan [[Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu]] (UMNO) pada tahun [[1987]], UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Pasukan A yang diketuai oleh Dr Mahathir di bawah UMNO Baru dan Pasukan B yang diketuai oleh [[Tengku Razaleigh Hamzah]] di bawah parti [[Semangat 46]] (sila lihat [[Krisis Perlembagaan Malaysia 1988]]). Semangat 46 kemudian menubuhkan sebuah parti campuran dengan [[Parti Islam Se-Malaysia]] (PAS) untuk bertanding dengan UMNO Baru.
 
== Keputusan pilihan raya ==
 
==Keputusan pilihan raya==
Sebagaimana yang dijangka, parti campuran [[Barisan Nasional]] mengekalkan majoritinya dalam [[Parlimen Malaysia|parlimen]] dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.
 
Dengan kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam [[Dewan Rakyat]], ini merupakan 70.6% daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4% berbanding pilihan raya yang terakhir; bilangan undi sebanyak 53.4% merupakan satu pengurangan sebanyak 7.8%. Bagaimanapun, ini adalah satu pencapaian yang hebat, memandangkan perpecahan UMNO. Namun UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan ditangandi tangan PAS-Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah ditangan Parti Bersatu Sabah (PBS)
 
Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 53 kerusi yang tinggal, iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, [[Lim Kit Siang]] daripada [[Parti Tindakan Demokratik]] (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen. Namun bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi BN itu telah menunjukkan kemerosotan yang cukup ketara. BN telah mengalami kekalahan mutlak di Kelantan.
 
Sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang telah menunjukkan penguasaan Parti Demokratik (DAP) yang menguasai 14 daripada 35 kerusi. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi 12 buah kerusi dan Gerakan sebanyak 9 buah kerusi sementara MCA gagal memenangi sebarang kerusi. Pengaruh besar Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang telah menyekat DAP daripada mendapat sokongan lebih ramai orang Cina untuk membentuk kerajaan negeri.
 
Dalam pilihanraya umum kali ini seramai 8 juta pemilih yang berkelayakan telah mengundi untuk memilih lebih daripada 1000 orang calon yang merebut 180 buah kerusi Dewan Rakyat dan 351 buah kerusi Dewan Undangan Negeri. Pilihanraya umum kali ini adalah pilihanraya umum yang pertama diadakan setelah pengharaman UMNO oleh Mahkamah. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengharamkan UMNO dan membatalkan pendaftarannya pada 4 Februari 1988 setelah Mahkamah mendapati terdapat beberapa penyelewengan dalam pentadbiran parti.
 
Ini kali pertama dalam sejarah politik tanahair di mana sebuah parti pemerintah didapati tidak sah dan diharamkan oleh Mahkamah. Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO telah berjaya mendaftarkan semula parti tersebut pada 15 Februari 1988 dengan menggunakan nama UMNO (baru). Dalam tempoh 2 tahun kemudian pilihanraya umum telah diadakan. Keadaan ini pastinya akan mempengaruhi pengundi kerana UMNO (baru) belum benar-benar berjaya meyakinkan rakyat seperti mana UMNO asal yang sudah wujud sejak 1946.
 
Justeru, sambutan dan sokongan pemilih terhadap UMNO ternyata merosot berbanding dalam pilihanraya umum-pilihanraya umum sebelum ini. Plihanraya Umum 1990 juga berlainan dengan pilihanraya umum-pilihanraya umum lain kerana buat pertama kalinya muncul sebuah parti yang mempunyai potensi untuk dijadikan alternatif kepada UMNO kerana dasar perjuangannya yang sama. Parti Melayu Semangat 46 (S46) dilihat umum sebagai sebuah parti yang mempunyai ideologi dan berkemampuan seperti UMNO. Sebelum ini telah ada bebrapa buah parti yang mewakili orang Melayu iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
 
Namun kedua-dua parti ini mempunyai dasar perjuangan yang agak berbeza dengan UMNO. S46 ditubuhkan oleh bekas Menteri Kewangan, Y.B.M Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah yang menjadi Presiden parti itu. Tengku Razaleigh sewaktu dalam UMNO dulu pernah memecahkan tradisi parti itu dengan bertindak mencabar Dr. Mahathir untuk merebut jawatan sebagai Presiden UMNO dalam Persidangan Agong parti pada tahun 1987. Namun beliau tewas dengan majoriti 43 undi.
 
Penyokong-penyokong Dr. Mahathir menganggap keputusan itu sebagai satu kejutan besar kerana majoriti 43 undi adalah sangat kecil untuk seorang Presiden parti yang terbesar dalam negara. Sebaliknya pengikut-pengikut Tengku Razaleigh tidak berpuas hati kerana Dr. Mahathir gagal ditumbangkan. Langkah Tengku Razaleigh kaluar daripada UMNO dan menubuhkan S46 telah diikuti oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain seperti Dr Rais Yatim yang dilantik sebagai Timbalan Presiden, Ibrahim Ali sebagai Ketua Pemuda. Hajjah Rahmah Osman. Peguam Pn Marina Yusoff, Datuk Harun Idris, Zainal Rampak dan tokoh-tokoh UMNO yang lain.
 
Tengku Razaleigh yang dianggap sebagai Anak Raja Berjiwa Rakyat, mempunyai pengaruh besar dalam politik. jadi tidak menghairankan apabila beliau tetap mendapat sokongan rakyat meskipun setelah beliau keluar daripada UMNO dan kerajaan. Buktinya dalam Pilihanraya Umum 1986 beliau telah memenangi kerusi Parlimen Gua Musang atas tiket UMNO dengan majoriti sebanyak 7 319 undi.
 
Tetapi dalam Pilihanraya Umum 1990, beliau yang bertanding atas tiket S46 bukan sahaja telah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen itu bahkan berjaya menambahkan majoroti menjadi 13 249 undi. Jadi, Pilihanraya Umum 1990 merupakan satu pilihanraya yang penting dan genting memandangkan UMNO yang baru berusia 2 tahun itu menghadapi pergolakan peringkat tertinggi yang menjurus kepada krisis kepimpinan parti tersebut.
 
Keadaan ini ternyata telah melemahkan UMNO yang merupakan parti pemerintah yang utama dan mempunyai bilangan ahli yang paling ramai di negara ini. Satu lagi elemen menarik dalam Pilihanraya Umum kali ini adalah tindakan Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Ketua Menteri, Dato' Seri Pairin Kitingan yang menarik diri daripada menjadi ahli komponen BN 5 hari menjelang pilihanraya umum tersebut. Pada masa itu, BN sudah pun menyenaraikan 14 orang calon PBS untuk bertanding kerusi Parlimen bersama 6 orang calon Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) atas tiket Barisan Nasional. Cara penarikan diri ini ternyata lebih kepada strategi tikam belakang terhadap BN di Sabah.
 
Apabila PBS keluar daripada BN, secara automatik BN kehilangan 14 buah kerusi Parlimen dan tanpa sokongan daripada pengundi-pengundi PBS, agak sukar untuk BN memenangi kerusi di kawasan yang ditandingi mereka melalui USNO kerana PBS mempunyai pengaruh yang agak kuat di Sabah. Keadaan ini ditambah lagi dengan kenyataan Presiden PBS itu bahawa mereka menyokong S46 di kawasan-kawasan Parlimen yang lain. Ternyata cara penarikan diri pada saat-saat akhir ini dan pengisytiharan menyokong S46 untuk menentang BN oleh PBS merupakan hasil daripada satu konspirasi politik peringkat tertinggi antara pucuk pimpinan kedua-dua parti. Hasilnya pengaruh PBS dan S46 adalah lebih besar berbanding BN di Sabah.
 
Dalam Pilihanraya Umum 1990 juga kita dapat melihat kerjasama dan pakatan yang wujud antara pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk menentang BN. Pihak pembangkang telah menubuhkan 2 pakatan iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat (Gagasan). APU telah dianggotai oleh PAS, S46, HAMIM dan Berjasa tetapi Berjasa kemudiannya menarik diri daripada menjadi ahli gabungan tersebut. Pakatan dalam Gagasan pula terdiri daripada S46, DAP, PBS, dan PRM. Pihak pembangkang telah membentuk 2 pakatan ini kerana terdapat parti yang tidak sehaluan dan mempunyai perbezaan idealisme yang jelas.
 
Contohnya, Pas tidak boleh berada bersama dengan PBS dan DAP kerana ini akan menjadi isu besar dalam pilihanraya kelak. Satu lagi perkara yang menarik dalam pilihanraya kali ini adalah cara dan strategi pihak pembangkang. Mereka sanggup bertolak ansur dalam meletakkan calon walaupun mereka sedar terpaksa mengorbankan beberapa kerusi yang pernah mereka menangi sebelum ini.. semata-mata untuk menjatuhkan BN.
 
Saya masih ingat kata-kata Tengku Razaleigh dulu apabila ditanya oleh pemberita, bahawa matlamat mereka bukan sekadar menafikan pengaruh 2/3 BN di Dewan Rakyat tetapi untuk membentuk kerajaan baru dan memerintah Malaysia. Pada Pilihanraya Umum 1986, parti PAS telah meletakkan seramai 98 orang calon tetapi pada Pilihanraya Umum 1990, bilangan tersebut telah dikurangkan kepada 30 orang. Sementara DAP yang meletakkan 64 orang calon pada 1986 telah mengurangkan kepada 48 orang sahaja. Tindakan kedua-dua parti ini adalah semata-mata untuk memberi ruangan dan laluan kepada rakan-rakan di pihak pembangkang terutama S46. Kerjasama PAS dan S46 telah menyebabkan undi Pas merosot daripada 716592 pada Pilihanraya Umum 1986 kepada 376304 undi pada Pilihanraya Umum 1990. Sementara kerjasama DAP dan S46 telah mengakibatkan undi DAP juga merosot iaitu daripada 975544 pada 1986 kepada 954135 undi pada Pilihanraya Umum 1990.
 
Kemerosotan undi bagi PAS dan DAP ini bukanlah bermakna sokongan rakyat kepada pembangkang semakin merosot tetapi undi ini telah berpindah kepada S46 yang mula bertanding dalam pilihanraya umum tahun tersebut. Keadaan ini merupakan satu perkembangan dan senario baru yang menarik dan membayangkan satu pengorbanan yang dilakukan sesama pembangkang. Keputusan Pilihanraya Umum 1990 juga membayangkan satu prestasi luar biasa pihak pembangkang. Di Dewan Rakyat misalnya, ahli parlimen pembangkang telah menunjukkan peningkatan bilangan yang cukup ketara.
 
Hasil Pilihanraya Umum 1986 jumlah pembangkang adalah sebanyak 29 buah kerusi tetapi jumlah ini meningkat kepada 53 buah kerusi setelah berakhirnya Pilihanraya Umum 1990. Daripada jumlah itu, PBS telah menguasai sebanyak 14 buah kerusi, DAP 20, S46 8 , PAS 7 dan BEBAS 4 buah kerusi. Prestasi pembangkang ternyata lebih baik berbanding pilihanraya umum-pilihanraya umum sebelumnya. Meskipun BN tidak tewas dan masih berkuasa tetapi kenyataannya mereka cukup tersentak dengan keupayaan dan kejayaan pembangkang menambahkan 14 buah kerusi Parlimen malahan rasa sentakkan ini saya kira cukup terasa di Kelantan kerana UMNO dan BN tewas dengan 39-0 di Dewan Undangan Negeri sementara di kawasan Parlimen mereka juga tewas dengan 12-0.
 
Ini bermakna UMNO dan BN mengalami kekalahan mutlak 100 peratus di Kelantan. Keadaan ini cukup berbeza dengan parti PAS yang cuma memenangi sebuah kerusi sahaja pada 1986 tetapi mampu menguasai 7 buah kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum 1990. Peningkatan prestasi sebanyak 700 peratus dalam tempoh satu penggal sahaja pastinya cukup meresahkan UMNO dan parti-parti komponen lain dalam BN. UMNO dan BN juga menghadapi masalah dalam pentadbiran di peringkat negeri. Kelemahan jentera pentadbiran kerajaan negeri pimpinan BN sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi besar UMNO sebelum ini.
 
Saya suka memetik contoh pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhamad Haji Muhamad Yaacob dalam tempoh 1986 hingga 1990. Beliau sering menghadapi masalah perhubungan dengan Istana Kelantan. Kebetulan, Sultan Kelantan sering dikaitkan dengan mempunyai lebih kecenderungan untuk menyebelahi pembangkang, kononnya. Ketidak-intiman antara kerajaan negeri dan istana merupakan suatu masalah bagi memastikan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dapat diteruskan. Keadaan ini membayangkan kegagalan pimpinan kerajaan negeri untuk mengeratkan hubungan dengan Sultan. Rakyat melihat keadaan ini sebagai suatu perkembagan yang cukup tidak menyenangkan. Baginda Sultan dikaitkan dengan politik memandangkan pertalian peribadinya dengan Presiden S46. Sultan Kelantan merupakan anak saudara kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Mungkin ini antara asas penting yang menyebabkan Sultan dikaitkan dengan politik. Secara tidak langsung perkembangan ini akan merenggangkan lagi hubungan baginda beliau dengan kerajaan negeri.
 
Namun rakyat tidak melihat sepenuhnya daripada aspek itu. Rakyat Kelantan melihat keretakan hubungan ini sebagai satu tanda seolah-oleh mereka perlu membuat pilihan antara Sultan mereka dan kerajaan negeri pada masa itu. Namun dalam persoalan ini siapa sahaja boleh memberikan jawapan. Siapa yang rakyat lebih sayang, tentulah Sultan mereka. Bagi rakyat Kelantan Sultan yang benar-benar berhak memerintah Kelantan adalah seorang sahaja, tiada tukar ganti namun kerejaan negeri adalah pilihan rakyat, bila-bila masa sahaja boleh berubah dan diubah. Buktinya, mereka telah merealisasikan kenyataan ini dengan perubahan besar dalam Pilihanraya Umum 1990 dulu dengan menyingkirkan secara mutlak UMNO dan BN.
 
Jadi saya suka tegaskan, hasil penelitian dan kajian yang saya buat selama ini, salah satu punca kekalahan BN di Kelantan adalah kerana kegagalan kerajaan negeri pimpinan UMNO menjalin hubungan baik dan mesra dengan Istana Kelantan. Justeru, kerajaan-kerajaan Negeri Kelantan selepas ini.. sama ada pimpinan PAS atau BN atau gabungan antara kedua-duanya atau pun mana-mana pihak harus mengambil iktibar daripada keadaan ini dan mencari satu formula yang paling berkesan untuk mewujudkan kemesraan dalam hubungan dengan Istana Kelantan. Mungkin pada tanggapan sesetengah pihak, rakyat Kelantan terlalu fanatik terhadap Sultannya namun bagi saya ketaatan yang tidak berbelah bagi rakyat terhadap Sultan mereka bukanlah satu kesalahan. Mereka tidak memuja Sultan mereka. Mereka kasih dan sayangkan Sultan mereka. Ini adalah keistimewaan dan keunikan rakyat Kelantan.
 
Mereka sering kali menyuarakan kehendak dan rasa tidak puas hati mereka melalui pilihanraya. Perkara yang terjadi dalam Pilihanraya Umum 1990 itu merupakan satu sejarah dan titik hitam dalam arena politik tanahair kerana dalam pilihanraya sebelum ini BN tidak pernah kalah sebegitu teruk di mana-mana tempat di seluruh negara sejak Pilihanraya Umum pertama pada 1955. Sebelum ini pun PAS pernah memerintah Kelantan pada 1959, 1964 dan 1969 namun BN masih mampu memberi saingan di kawasan Parlimen dan DUN.
 
Dalam Pilihanraya Umum kali ini juga kita dapat melihat satu perubahan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). SPR merupakan satu badan bebas yang dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pilihanraya yang bebas, adil dan saksama. Dalam pilihanraya umum kali ini SPR telah memperkenalkan satu peraturan baru mengenai cara penjumlahan undi. Peraturan baru ini dibuat bagi melicinkan proses pengiraan dan penjumlahan kertas-kertas undi. Para petugas SPR dibenarkan untuk menghitung kertas-kertas undi di kawasan peti undi tersebut. Proses penjumlahan undi ini dilakukan dengan diawasi wakil calon yang bertanding.
 
Wakil-wakil calon atau parti ini berfungsi sebagai pemerhati bagi memastikan tidak timbul soal penyelewengan dalam proses penjumlahan undi. Proses penjumlahan undi ini akan dilakukan pada hari yang sama iaitu selepas selesai proses pembuangan undi. Keputusan daripada pengiraan undi bagi kawasan peti undi tersebut akan dimaklumkan kepada Pusat Penjumlahan Undi. Ini bermakna Pusat Penjumlahan Undi hanya berperanan untuk mengumumkan keputusan daripada penjumlahan undi yang dilakukan oleh satu-satu kawasan peti undi. Perubahan yang dilakukan ini membolehkan keputusan pilihanraya dapat diketahui lebih awal. Kertas-kertas undi di kawasan peti undi itu kemudiannya dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi.
 
Langkah ini sebagai persediaan jika ada calon atau parti yang membuat bantahan untuk membolehkan penjumlahan semula dilakukan. Ternyata sistem penjumlahan berasingan ini berkesan dalam memastikan keputusan pilihanraya dapat diketahui dengan lebih awal disamping membuktikan pengurusan yang lebih profesional SPR sendiri. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kejayaan besar pembangkang terutama PAS dan S46 banyak bergantung kepada faktor kedaerahan dan campur tangan Istana dalam politik. Saya tidak menafikan ada kebenaran kenyataan ini namun bagi saya, ia bukanlah satu isu besar kerana jika ada pun penglibatan mana-mana Istana di mana-mana negeri, ia tidaklah berlaku secara langsung atau pun secara aktif.
 
Saya tidak pernah mendengar atau melihat mana-mana Sultan yang sanggup mencemar duli turun berkempen membantu pembangkang. Sebab itu saya katakan perkara ini tidak harus menjadi perkara pokok yang perlu dipersoal dan diperbesarkan. Kita harus menerima hakikat bahawa pertimbangan kedaerahan dan penglibatan istana dalam hal ini, kalau ada pun, tidak terlalu penting dan mempunyai pengaruh yang besar.
 
Alasan saya, jika pertimbangan kedaerahan yang dijadikan isu, bagaimana halnya dengan kemenangan Dr. Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Muhamad Sabu di Kelantan. Kedua-dua mereka adalah orang luar - seorang dari Johor dan seorang lagi dari Pulau Pinang. Dan jika kejayaan ini lebih bergantung kepada bantuan dan pengaruh Istana, apa alasan dengan kekalahan calon-calon PAS dan S46 di Terengganu.
 
Sebagai kesimpulannya, kita mendapati rata-rata pada hari ini Rakyat Malaysia sebenarnya sudah matang berpolitik meskipun ada antara mereka yang beridentifikasikan parti semata-mata atau pun golongan yang mempunyai pertimbangan akal yang lebih rasional.
 
Kewujudan dua golongan seperti ini bukanlah perkara yang menghairankan kerana ia turut sama berlaku dimana-mana negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Walau bagaimanapun, Pilihanraya Umum 1990 adalah satu pilihanraya yang cukup menarik untuk didalami dan dikaji secara serius.
 
== Lihat juga ==
*[[Pilihan Rayaraya Umumumum Malaysia]]
*[[Pilihan Raya Umum Malaysia 1995]]
*[[Proses Pilihan Raya di Malaysia]]
*[[Politik Malaysia]]
 
== Rujukan ==
* [http://www.iseas.edu.sg/trends120.pdf Arah Aliran Malaysia: Penilaian Pilihan Raya] (PDF) – satu himpunan kerta kertas 62-halaman daripada Institut Penyelidikan Asia Tenggara selepas pilihan raya 1999.
 
Baris 82 ⟶ 29:
}}
 
[[Kategori:Pilihan Rayaraya Umumumum Malaysia 1990| ]]
[[Kategori: Pilihan raya umum Malaysia]]
 
[[en:Malaysian general election, 1990]]