Kuih bulan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:YosriNov04KuihBulan.jpg|250px|thumb|right|Kuih Bulan]]
'''Kuih Bulan''' ([[Bahasa Cina|Cina]]: 月餅, [[pinyin]]: yuèbǐng) adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan sewaktu [[Perayaan Pertengahan Musim Luruh]].
 
Menurut hikayat Cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di negara China semasa pemerintahan puak Mongol ([[Dinasti Yuan]]) yang agak tegas dan kejam. Undang-undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat Cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak [[Dinasti Ming|Ming]] bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam semasa [[bulan]] sedang mengembang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah-tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai ''Perayaan Pertengahan Musim Luruh''.