Haziq Rosebi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ziqaqifna (bincang | sumb.)
Menggantikan laman dengan 'hazwan haziq bin rosebi'
Baris 1:
[[hazwan haziq bin rosebi]]
'''Hazwan Haziq bin Rosebi''' atau lebih dikenali sebagai '''Haziq''' (lahir [[7 Januari]] [[1988]]) merupakan salah seorang pelajar [[Akademi Fantasia]] musim keempat. Beliau berasal dari [[Kluang]], [[Johor]].

Penyanyi kegemarannya ialah [[Jamal Abdillah]], Ahmad Jais, dan [[Mawi]] AF3. Pelakon kegemarannya pula ialah [[Afdlin Shauki]], [[Adlin Aman Ramli]], [[Rosyam Nor]], [[Fasha Sandha]], [[Maya Karin]], Azean Irdawaty, dan [[Nasha Aziz]]. Jejaka tinggi lampai ini meminati permainan kriket hinggalah mengikuti konsert live, anak jati Johor ini menggemari irama tradisional dan gilakan PS2!

== Maklumat lain ==
'''Makanan Kegemaran''' : Mee goreng mamak

'''Minuman Kegemaran''' : Milo

'''Filem Kegemaran''' : [[Baik Punya Cilok]]

'''Lagu Kegemaran''' : Bunga Tanjung

'''Hobi''' : Bersukan, menyanyi, dan bermain PS2

'''Zodiak''' : Capricorn

'''Tinggi''' : 179 cm

'''Berat''' : 60 kg

'''Bangsa''' : [[Melayu]]

'''Umur''' : 18 tahun

== Penglibatan dalam Akademi Fantasia ==
Haziq diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama [[Faizal]], [[Farhan]], dan [[Velvet]] serta [[Lotter]] yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada [[5 Ogos]] [[2006]], beliau memenangi tempat keempat dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Beliau dikatakan mempunyai perasaan cinta dengan [[Leez]], peserta yang terkeluar pada Konsert Prelude. Semua itu dipaparkan di kaca televisyen ketika rancangan ''Diari Akademi Fantasia'' sepanjang minggu ketika Leez diserap masuk ke dalam Akademi sebagai "pelajar tumpang" buat masa seminggu.

=== Lagu-lagu di Akademi Fantasia ===
Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :
* '''Konsert Prelude''' : ''Umpan Jinak Di Air Tenang'' - nyanyian asal oleh [[Ahmad Jais]]

* '''Konsert Pertama''' : ''Tidurlah Wahai Permaisuri'' - nyanyian asal oleh [[P. Ramlee]]

* '''Konsert Kedua''' : ''Kian'' - nyanyian asal oleh [[Mawi]]

* '''Konsert Ketiga''' : ''Cinta Nusantara'' - nyanyian asal oleh [[Sheqal]]

* '''Konsert Keempat''' : ''Buat Sang Puteri'' - nyanyian asal oleh [[Kumpulan Spider]]

* '''Konsert Kelima''' : ''Juwita Citra Terindah'' - nyanyian asal oleh [[M. Nasir]]

* '''Konsert Keenam''' : ''Seruan'' - nyanyian asal oleh [[Kumpulan Lefthanded]]

* '''Konsert Ketujuh''' : ''Tak Seindah Wajah'' - nyanyian asal oleh [[Tan Sri SM Salim]]

* '''Konsert Kelapan''' : ''I Need To Know'' - nyanyian asal oleh Marc Anthony

* '''Konsert Akhir''' : ''Cubit-Cubit'' - nyanyian asal oleh [[Datuk M.Daud Kilau]]

* '''Konsert Akhir''' : ''Gurindam Anak Muda'' - ciptaan dan lirik oleh [[Ramli Sarip]]

== Lihat juga ==
* [[Akademi Fantasia]]
* [[Astro Ria]]

== Pautan luar ==
* [http://www.haziqfc.net.my/v3/home/index.asp?w=pages&r=0&pid=27 Profil Haziq]
* [http://www.haziqfc.net.my Laman Web Rasmi HaziqFC]
* [http://www.haziqfc.net.my/v3/home/index.asp?w=pages&r=20&pid=61 Malam Gurindam Anak Muda & Perasmian Laman Web Rasmi HaziqFC Meriah]

[[Kategori:Peserta Akademi Fantasia]]