Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 39:
Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai '''Stesen Residen''' ({{lang-en|Resident Station}}) kerana berdekatan dengan [[Carcosa Seri Negara|kediaman Residen British]], dibina di seberang [[Kelab Diraja Selangor|Kelab Selangor]] ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan [[atap nipah|bumbung nipah]], stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke [[Klang]] (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di [[Semenanjung Melayu]] (dirasmikan pada [[22 September]] [[1886]]<!--Ayat ini merujuk kepada landasan, bukan stesen-->).
 
Stesen kedua, '''Stesen Jalan Sultan''' ({{lang-en|Sultan Street Station}}), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak [[Menara Maybank]] dan [[Hentian Puduraya]] pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di [[Ampang]] ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.
 
Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu [[stesen]] yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh [[Aliran Ampang|aliran LRT Ampang]].
 
===Reka bentuk, pembinaan dan operasi===