Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 202.151.195.234 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 118.100.129.138
Baris 39:
Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai '''Stesen Residen''' ({{lang-en|Resident Station}}) kerana berdekatan dengan [[Carcosa Seri Negara|kediaman Residen British]], dibina di seberang [[Kelab Diraja Selangor|Kelab Selangor]] ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan [[atap nipah|bumbung nipah]], stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke [[Klang]] (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di [[Semenanjung Melayu]] (dirasmikan pada [[22 September]] [[1886]]<!--Ayat ini merujuk kepada landasan, bukan stesen-->).
 
Stesen kedua, '''Stesen Jalan Sultan''' ({{lang-en|Sultan Street Station}}), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak [[Menara Maybank]] dan [[Hentian Puduraya]] pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di [[Ampang]] ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.
 
Stesen Residen dirobohkan selepas pembinaan stesen Kuala Lumpur yang baru siap. Stesen Jalan Sultan pula digantikan oleh suatu [[stesen]] yang lebih kecil apabila landasan di Foch Avenue dibuka untuk laluan lalu lintas, dan dirobohkan selepas 1960. Sebahagian laluannya di Ampang digunakan semula oleh [[Aliran Ampang|aliran LRT Ampang]].
 
===Reka bentuk, pembinaan dan operasi===
Baris 47 ⟶ 49:
 
Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada [[1 Ogos]] [[1910]]. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah [[hotel]], '''Hotel Stesen''' (kini '''Hotel Stesen Warisan'''), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan [[KTM Komuter]] diperkenalkan di stesen ini.
 
Selepas pelencongan perkhidmatan jarak jauh antara bandar pada [[15 April]] [[2001]] ke [[Sentral Kuala Lumpur]], kurang satu kilometer ke selatan, kepentingan stesen ini berkurang dan kemudahan stesen yang tidak lagi diperlukan dibuang. Sedang pelantar sisi stesen ditinggikan ke aras yang sesuai untuk kereta api KTM Komuter, tatarajah pelantar dan capaian ke perkhidmatan bermakna stesen asal ini tidak dapat dimaksimumkan penggunaanya sebagai perhentian pengangkutan untuk penumpang KTM Komuter (''lihat [[#Pelantar|pelantar]]''). Keseluruhan stesen masih lagi dikhidmati oleh kedua-dua KTM Komuter dan perkhidmatan barangan.
 
Sebelum 31 Ogos 2007, iaitu [[Hari Kemerdekaan Malaysia ke-50|ulang tahun ke-50]] [[Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu|kemerdekaan Malaya]], banyak sumber melaporkan pemindahan pelbagai peralatan kereta api lama dari sebuah gudang kereta api di Klang dan beberapa tempat lain lagi ke stesen lama Kuala Lumpur.{{fact|date=September 2008}} Ini termasuklah sebuah pelangsir kecil dan kereta bomba antik. Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium kereta api (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.{{fact|date=September 2008}}
 
===Pengubahsuaian dan penaiktarafan===