Malapetaka Hindenburg: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Baris 12:
Terdapat beberapa kejadian kemalangan kapal udara sebelum Hindenburg (semuanya tidak membabitkan zeppelin), kebanyakannya disebabkan oleh [[cuaca]] buruk. Bagaimanapun Zeppelin mempunyai rekod keselamatan yang menakjubkan. Sebagai contoh, Graf Zeppelin telah terbang dengan selamatnya sejauh 1 [[juta]] batu termasuk mengelilingi [[bumi|dunia]]. Pihak Jerman mengetahui bahaya hidrogen dan telah mengamalkan kawalan keselamatan yang ketat sepanjang penerbangan dengan kapal udara Zepplin, termasuk mengutip semua [[pemetik api]] dan larangan merokok kecuali di dalam bilik yang dikhaskan. Syarikat Zepplin amat berbangga bahawa tiada seorang penumpang pun yang pernah tercedera ketika terbang dengan kapal udara mereka. Zepplin dianggap selamat.
 
Walau bagaimanapun, kemalangan Hindenburg menukar kesemuanya. Kepercayaan orang ramai hilang sepenuhnya apabila melihat gambaran wayang yang jelas lagi mengejutkan serta diiringi dengan rakaman bunyi secara langsung. Disebabkan lapuranlaporan yang begitu meluas, pengangkutan zeppelin terhenti. Ia merupakan titik noktah kepada era [[kapal udara]] kaku gergasi pembawa penumpang.
Malapetaka ini diingati kerana lapuranlaporan berita wayang, gambar, dan rakaman [[radio]] [[Herbert Morrison]] mengenai lapuran saksi di lapangan pendaratan. Ulasan Morrison hanya disiarkan pada keesokan harinya.
 
Sebahagian daripada lapurannyalaporannya kemudiannya disunting kepada berita wayang (memberikan gambaran yang salah kepada mereka yang biasa melihat lapuranlaporan langsung [[televisyen]] masa sekarang bahawa lapuran Morisson dan gambar diambil secara serentak.)
 
Pihak Jerman kemudiannya telah mengambil kembali rangka logam Hindenburg yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan kelengkapan peperangan yang digunakan oleh pihak Jerman dalam [[Perang Dunia II]].