Hujan (kumpulan): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16:
}}
 
'''Hujan''' ialah nama yang dipilih oleh sebuah kumpulan [[muzik independent|indie]] ditubuhkan pada awal [[2006]] dan bertapak di [[Malaysia]]. Kumpulan muzik ini lebih suka melabelkan genre yang mereka bawakan sebagai [[rock alternatif]] dan lebih cenderung mendendangkan lagu di dalam [[bahasa Malaysia]]. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka adalah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis-artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah [[The Strokes]] dan [[Butterfingers]].
 
Mereka pernah membuat persembahan di [[United Kingdom]] melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu "1,2,3, Go!" dan "Check Check Rock Rock" malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana mereka membuat persembahan di Oxford Bar ([[Manchester]]), Zanzibar ([[Liverpool]]), [[Sheffield]] dan [[Cardiff]].