Perbezaan antara semakan "Initial D"

Saiz tidak berubah ,  12 tahun lalu
Pihak lawan Project D menjadi semakin sukar, selain daripada semakin licik dan mengancam. Mereka telah menewaskan pasukan tempatan Seven Star Reaf di Tochigi, pelajar sekolah perlumbaan Todojyuku di Happogahara, pasukan Northern Saitama Allince, dua samseng yang memandu Lancer Evolution dan akhir sekali dua pelumba veteran dikenali sebagai God-Hand dan God-Foot, yang masing-masing memandu Honda S2000 dan Nissan Skyline GT-R BNR34 Nur. Edisi ini turut menimbulkan sedikit babak romansa, yang mana Kyoko Iwase daripada Northern Saitama Alliance menyuarakan perasaannya kepada Keisuke, malah meminjamkan kereta Mazda RX-7 miliknya kepada beliau. Namun, Keisuke memutuskan untuk terus terlibat dalam perlumbaan. Wataru pula cuba mencari kelemahan Project D dalam usaha menewaskan mereka, namun setelah Project D menguasai Saitama, beliau memberi beberapa tips kepada Takumi.
 
Takumi telah belajar banyak perkara, antaranya teori "infinite lines" dan teori pemanduan satu tangan daripada pemandu God-FootHand, Toshiya Joshima. Keisuke pula dipelawa oleh God-Hand Foot,Kouzou Hoshino untuk memasuki era perlumbaan profesional, namun Keisuke menolak, mengatakan yang dia masih mempunyai banyak perkara hendak dicapainya dalam dunia perlumbaan jalanan.
 
 
Pengguna awanama