Perbezaan antara semakan "Rampasan Air France 1976"

==Rampasan==
Pada [[27 Jun]], [[1976]], pesawat [[Airbus A300]] Penerbangan 139 [[Air France]] yang membawa 248 penumpang dan 12 anak kapal, yang bermula dari [[Tel Aviv]], telah singgah di [[Athens]] sebelum menuju ke [[Paris]]. Selepas 12:30 p.m., penerbangan itu telah [[Rampasan kepalterbang |dirampas]] oleh dua orang [[Palestin]] daripada [[Barisan Popular Pembebasan Palestin - Operasi Luar]] (PFLP-EO) dan dua orang Jerman daripada "[[Revolutionary Cells (RZ)]]", ([[Wilfried Böse]] dan [[Brigitte Kuhlmann]]) telah mengetuai penerbangan tersebut, mengalihkannya ke [[Benghazi]], [[Libya]]. Dari situ, ia telah bertahan selama tujuh jam untuk mengisi semula minyak, semasa itu seorang perempuan yang berpura-pura mengandung telah dibebaskan.<ref>[http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-3269662,00.html "Mossad took photos, Entebbe Operation was on its way"], ''[[Ynetnews]]'', [[2006]]</ref> Kapal terbang berkenaan telah berlepas dari Benghazi dan pada 3:15 ia sampai di Lapangan Terbang Entebbe (sekarang dikenali sebagai [[Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe]]) di [[Uganda]].
 
{{terjemah|Operation Entebbe}}
Di Entebbe, empat orang penculik itu telah diiringi oleh tiga orang gerila tambahan, yang disokong oleh pasukan pro-Palestin Presiden Uganda, [[Idi Amin]]. Perampas-perampas itu diketuai oleh Böse (dan bukannya, seperti yang biasanya dilaporkan, oleh Ilich Ramírez Sánchez a.k.a. [[Carlos the Jackal]]). Mereka menuntut pembebasan 40 orang Palestin yang ditahan di [[Israel]] dan 13 orang tahanan lain yang dipenjarakan di [[Kenya]], [[Perancis]], [[Switzerland]] dan [[Jerman]] &ndash; dan jika tuntutan-tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mengugut untuk mula membunuh tawanan-tawanan itu pada [[1 Julai]], [[1976]].
 
21,052

suntingan