Komunikasi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Komunikasi''' ialah sejenis proses permindahan maklumat melalui sistem simbol yang sama. Komunikasi juga salah satu disiplin akademik.
 
== Jenis jenis komunikasi ==
* [[Komunikasi haiwan]]
* [[Komunikasi antara perseorangan]]
** [[Pemasaran]]
** [[Propaganda]]
** [[Urusan Awam|Urusan Awam (''Public affairs'')]]
** [[Perhubungan Awam|Perhubungan awam (''Public relations'')]]
* Komunikasi ''intrapersonal''
* [[Komunikasi tanpa lisan]]
* [[Telekomunikasi]]
** [[ Komunikasi melalui komputer]]
 
== Bentuk dan komponen komunikasi manusia ==
 
'''Manusia''' berkomunikasi untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Bentuk biasa komunikasi manusia ialah [[percakapan|percakapan]], [[bahasa isyarat]], [[penulisan|penulisan]], [[sikap]], dan ''broadcasting''. Komunikasi boleh berbentuk interaktif, transaktif, disengaja atau tidak disengajakan. Ia juga boleh jadi lisan atau tanpa lisan.
 
== Teknologi Komunikasi ==
 
Penyiaran radio dua hala transatlantik yang pertama berlaku pada 25 Julai 1920.
 
Apabila teknologi berkembang, protokol komunikasi pun berubah, misalnya [[Thomas Edison]] mendapati bahawa perkataan ''hello'' ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding ''hail'' yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.
 
== Peranan Perhubungan Awam ==
 
Juruteknik Komunikasi (''Communication Technician'')
 
Juruteknik komunikasi menyediakan kepakaran khas yang diperlukan untuk program-program perhubungan awam. Oleh kerana ia sebahagian daripada kumpulan pengurusan, juruteknik bertanggunjawab menyediakan dan menghasilkan material komunikasi untuk kegunaan perhubungan awam . Juruteknik komunikasi menumpukan kepada kemahiran komunikasi (journalistic skill). Mereka terlibat secara langsung dalam menyediakan newsletter , kenyataan akhbar dan berurusan dengan pihak media. Mereka tidak hadir dalam penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan dan tugas mereka lebih kepada menerbit dan mengimplementasi program. Keberkesanan tindakan komunikasi dan program bergantung kepada difinisi masalah, buat keputusan yang strategic dan kebolehan penyampaian. Kelemahannya mereka tidak menyumbang kepada pembuatan keputusan dan perancangan strategik.
 
Pakar Penentu (''Expert Prescriber'')
 
Pakar Penentu bekerja sebagai penguasa ke atas masalah dan penyelesaiannya. Pelangan atau pengurusan selalu meningalkan tanggunjawab perhubungan awam kepada pakar dan mengandaikan perhubungan awam adalah peranan yang pasif. Pakar Penentu bekuasa dalam permasalahan dan penyelesaiannya. Mereka mendapat kepercayaan pengurusan atasan dan bertanggunjawab mengenalpasti masalah, membangunkan program dan perlaksanaan program. Namun, mereka sering dipersalahkan kerana pihak pengurusan meletakkan kepercayaan seratus peratus ke atas pengamal perhubungan awam tanpa pengurus bertanyakan permasalahannya.
 
Fasilitator Komunikasi (''Communication Facilitator'')
 
Fasilitator komunikasi pula berperanan sebagai broker maklumat. Pengamal berkhidmat sebagai perhubung , interpreter dan mediator antara organisasi dan public. Mereka juga adalah pendengar yang sensitive. Mereka bertindak sebagai penterjemahan dan orang tengah dalam saluran komunikasi terbuka (two-way communication). Mereka terlibat dalam pembuatan keputusan dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti mengadili, interaksi, mengadakan perbincangan, mengulas pandangan, mendapatkan reaksi dan memperbetulkan keadaan dengan hubungan komunikasi. Selain itu, fasilitator komunikasi turut menyediakan komunikasi turut menyediakan komunikasi untuk meningkatkan kualiti keputusan yang berkaitan dengan polisi, prosedur dan tindakan bagi kedua-dua belah pihak iaitu public dan organisasi.
 
Fasilitator Penyelesai Masalah (''Problem-solving Facilitator'')
 
Fasilitator penyelesai masalah berperanan sebagai ahli kumpulan pengurusan dan memandu ahli yang lain melalui proses penyelesaian masalah yang rasional dimana ia melibatkan semua bahagian organisasi dalam perancangan perhubungan awam public dan proses merancang program. Mereka berkerjasama dengan pengurus untuk mengenali masalah dan penyelesaian masalah. Fasilitator penyelesai masalah juga menjadisebahagian daripada ahli kumpulan perancangan strategic dan mengamalkan proses perhubungan awam seperti kajian, tindakan, komuniksai dan penilaian . mereka adalah pengurusan kini yang menyediakan kandungan polisi dan prosedur iaitu kuasa membuat perubahan yang bersama-sama dengan pengamal perhubungan awam dalam aspek pembuatan keputusan dan strategi komunikasi yang berkesan memerlukan kefahaman, cadangan dan perancangan aktiviti. Fungsi ini juga mungkin termasuk kerja-kerja penentuan belanjawan dan bertanggunjawab menentukan orang yang sesuai untuk menjalankan kerja-kerja perhubungan awam. Sebagai contohnya, presiden organisasi atau CEO selalaunya orang utama yang diberi tanggunjawab dalam aktiviti perhubungan awam.
 
Menyemai hubungan
 
Kejayaan perhubungan awam professional ditentukan melalui kebolehannya membangunkan kemahiran mengumpul maklumat daripada pihak pengurusan dan rakan sekerja dalam organisasi dan juga sumber luaran. Penilaian yang berterusan akan dilakukan dan setiap cadangan yang diformulakan oleh pengamal perhubungan awam perlu mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan organisasi. Kebanyakan aktiviti perhubungan awam memerlukan kerjasama dan kadangkala melalui unit organisasi lain seperti kakitangan personel, undang-undang dan pemasaran. Perhubungan awam professional perlu mempelajari cara dan teknik terbaik untuk membujuk publik agar profesion tersebut menjadi lebih efektif.
 
Menulis dan menyunting
 
Perhubungan awam professional sentiasa cuba menemui dan berinteraksi dengan kumpulan manusia yang besar. Dalam aktiviti tersebut, bahan bercetak merupakan perkakasan yang penting. Contohnya, bahan bercetak yang meliputi laporan, kenyataan akhbar, brochures, ucapan, video, skrip, artikel majalah perdagangan, maklumat produk dan material teknikal, penerbitan pekerja, newaletter, laporan pemegang saham dan lain-lain bahan bercetak berkaitan dengan komunikasi pengurusan. Bahan-bahan ini berfungsi sebagai medium komunikasi bagi kedua-dua public iaitu public dalaman dan juga public luaran. Maklumat yang jelas dan gaya penulisan yang baik adalah penting bagi kerja-kerja perhubungan awam.
 
Maklumat
 
Aktiviti perhubungan awam berperanan mengukuhkan system penyebaran bahan berita kepada akhbar, media penyairan dan editor penerbitan perdagangan. Aktiviti berkomunikasi dengan media dilakukan agar berita organisasi diterbitkan. Oleh itu, pengamal perhubungan awam perlu mengetahui bagaimana akhbar dan media lain beroperasi, bidang yang menjadi tumpuan penerbit dan bahan yang menjadi minat editor. Oleh kerana editor dan penyiar mempunyai jumlah ruang dan masa yang terhad, maka pengamal perhubungan awam terpaksa bersaing dengan pengamal daripada organisasi lain. Pengamal perhubungan awam perlu mendapatkan editor, penerbit dan cerita pada masa yang tepat. Selain idea diterima berdasarkan berita dan nilai yang ada, kebolehan membangunkan hubungan dan kerjasama dengan media berita amat berguna bagi kedua-dua pihak- pengamal dan media.
 
Penerbitan
 
Kepelbagaian penerbitan, laporan khas, video dan program multimedia menyediakan banyak ruang untuk berkomunikasi bagi pengamal perhubungan awam. Perhubungan awam professional tidak memerlukan kemahiran dalam seni, reka letak, tipografi dan fotografi tetapi pengetahuan asas tentang teknik penyediaan adalah penting untuk tujuan perancangan dan penyeliaan.
 
Acara khas
 
Persidangan akhbar, pameran, perasmian bangunan baru dan sambutan ulang tahun, peraduan dan anugerah, lawatan dan mesyuarat khas adalah sebahagian daripada acara khas yang boleh digunakan untuk meraih perhatian dan penerimaan kumpulan orang ramai. Ia melibatkan perancangan rapi dan kerjasama pelbagai pihak, perincian tindakan, penyediaan buku cenderamata, bahan publisiti dan laporan.
 
Pengucapan
 
Tugas perhubungan awam selalunya memerlukan kemahiran komunikasi bersemuka iaitu dengan menyediakan ucapan dan menyampaikan ucapan. Pengamal perhubungan awamyang boleh berucap kepada individu atau kumpulan akan memperolehi kelebihan menyampaikan idea berbanding penulisan.
 
Penyelidikan dan penilaian
 
Aktiviti penting yang perlu dijalankan oleh pengamal perhubungan awam adalah mendapatkan fakta. Ia boleh dilakukan melalui temubual, penyelidikan bahan-bahan perpustakaan dan perbualan informal. Penyelidikan juga boleh melibatkan teknik kaji selidik dan kepakaran, serta mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan pendapat public. Selepas program lengkap dijalankan, perhubungan awam professional perlu mengkaji keputusan dan penilaian perancangan, perlaksanaan dan keberkesanan program. Pihak pengurusan mengharapkan input yang berguna kepada organisasi melalui penyelidikan dan penilaian yang dilikukan dalam aktiviti perhubungan awam.
 
Profesionolisme Pengamal Perhubungan Awam
 
Kajian terawal mengenai tahap profesonalisme pengamal perhubungan awam telah dilakukan oleh Gruning dan Hunt (1984) di kawasan Baltimore, Washington. Beliau menggunakan empat dimensi untuk membezakan pengamal yang professional daripada yang tidak professional. Empat dimensi tersebut ialah:-
 
# Pengamal nilai-nilai professional - Kebebasan daripada pengawasan yang berterusan semasa menjalankan tugas. Mempunyai pekerjaan yang bernilai dan penting kepada masyarakat. Berpeluang mengaplikasi kemahiran dan pengetahuan. pengiktirafan daripada pengamal perhubungan awam yang lain. Golongan yang menentukan tahap profesionalisme mereka seperti ahli masyarakat, pihak pengurusan organisasi, pengamal perhubungan awam, pemimpin-pemimpin organisasi perhubungan awam.
# Nilai-nilai kerjaya iaitu pendapatan, keselamatan, status, dan pengiktirafan daripada golongan atasan dalam organisasi.
# Indeks aktiviti yang dilakukan oleh seorang pengamal perhubungan awam seprti menghadiri mesyuarat, mempersembahkan program, rancangan yang berkaitan dengan bidang perhubungan awam. Responden juga ditanya sama ada mereka menjadi ahli dalam Public Relation Society of America (PRSA).
# Latihan dan kelayakan yang ada pada pengamal perhubungan awam seperti mempunyai kelayakan dalam bentuk sijil, diploma, ijazah dalam bidang perhubungan awam.
 
Kesemua nilai professional dan nilai kerjaya adalah sama seperti yang digunakan oleh McLeod dan Hawley (1964) untuk mengkaji tahap profesionalisme wartawan dari Milwaukee. Gurning dan Hunt (1984) membandingkan nilai-nilai professional yang diperolehi dengan nilai kerjaya.
 
Indeks professional McLeod dan Hawley (1964) terdiri daripada 24 ciri-ciri pekerjaan yang diinginkan dalam mana-mana pekerjaan yang dibahagikan kepada 12 item professional dan 12 item bukan professional. Pengamal yang professional akan memberi skor yang tinggi dalam item professional daripada item bukam professional.
 
Dua belas item professional yang disenaraikan oleh McLoed dan Hawley ialah:-
# Penggunaan penuh kebolehan dan latihan
# Peluang untuk keaslian dan dayausaha
# Peluang untuk mempelajari kemahiran baru dan pengetahuan.
# Mencapai kemajuan dalam kerjaya professional.
# Bekerja dalam syarikat akhbar yang dikenali dan dihormati oleh wartawan lain.
# Pekerjaan yang dinilai dan penting kepada masyrakat.
# Penghormatan kepada kebolehan dan kecekapan rakan sekerja.
# Berpeluang mempengaruhi pemikiran public.
# Penyelia yang menghargai masa anda untuk memperbaiki kebolehan anda.
# Kebebasan daripada pengawasan rapi dalam menjalankan tugas.
# Berpengaruh dalam membuat keputusan.
# Satu pekerjaan yang membuat organisasi berbeza kerana saya menyumbang kearahnya.
 
Manakala 12 item bukan professional pula ialah:-
# Keseronokan dalam penglibatan kerja.
# Terdapat sokongan daripada orang lain
# Mencapai kemajuan dalam organisasi
# Pendapatan yang lumayan untuk menjalani kehidupan yang baik
# Bekerja dengan orang dan bukan benda-benda
# Keselamatan kerja kerana ia stabil
# Kegembiraan dan kepelbagaian dalam kerja
# Bekerja dengan orang-orang yang bersefahaman
# Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam masyarakat
# Pekerjaan yang bertaraf prestij dalam organisasi
# Pekerjaan yang membolehkan saya bertemu dengan orang-orang ternama seperti pemimpin Negara.
# Pekerjaan yang tidak menganggu keluarga saya.
 
 
[[Category:Komunikasi]]
 
[[an:Comunicazions]]
[[bg:Комуникации]]
[[br:Kemennadur]]
[[ca:Comunicació]]
[[cs:Dorozumívání]]
[[da:Kommunikation]]
[[de:Kommunikation]]
[[et:Kommunikatsioon]]
[[el:Επικοινωνία]]
[[en:Communication]]
[[es:Comunicación]]
[[eo:Komunikado]]
[[fa:ارتباطات]]
[[fr:Communication]]
[[gl:Comunicación]]
[[ko:통신]]
[[id:Komunikasi]]
[[it:Comunicazione]]
[[he:תקשורת]]
[[lb:Kommunikatioun]]
[[li:Kommunikasie]]
[[mk:Комуникација]]
[[nl:Communicatie]]
[[ja:通信]]
[[nb:Kommunikasjon]]
[[nn:Kommunikasjon]]
[[pl:Komunikacja]]
[[pt:Comunicação]]
[[ru:Общение]]
[[simple:Communication]]
[[su:Komunikasi]]
[[tl:Komunikasyon]]
[[th:การสื่อสาร]]
[[uk:Комунікація]]
[[zh:通信]]