Agama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zwobot (bincang | sumb.)
k robot Adding: oc
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Handprayer2.jpg|thumb|200px|Tangan Dalam Keadaan Berdoa menurut amalan penganut Kristian, dan beberapa agama lain.]]

'''Agama''' pada lazimnya bermakna [[kepercayaan]] kepada [[Tuhan]], atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti [[Dewa]], dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan [[kepercayaan]] merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
*'''Perlakuan'''
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
*'''Sikap'''
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
*'''Pernyataan'''
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
*'''Benda-benda material'''
yang zahir seperti bangunan.Contohnya [[masjid]], gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (''sila lihat dibawah'')

Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil [[ateisme]].

== Jenis-jenis Agama ==
Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir.

===Dari segi penyebaran===
Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:
*'''Agama Universal'''
merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat [[Manusia]]. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: Agama [[Islam]], [[Kristian]] dan [[Buddha]].

*'''Agama Folk'''
merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya: [[Agama Rakyat China]]/[[Taoisme]].

===Dari segi sumber rujukan===
Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:
*'''Agama Bersumberkan wahyu'''.
Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada [[Tuhan]] sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang [[Rasul]]. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama [[Yahudi]], [[Kristian]], [[Islam]].

*'''Agama Budaya'''.
merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama [[Buddha]], [[Hindu]].

===Dari segi tanggapan ketuhanan===
Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai [[Tuhan]]. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.

*'''Agama Monoteisme'''
merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan [[Tuhan]]. Contohnya, agama [[Islam]].

*'''Agama Politeisme'''
merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak [[Tuhan]] atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama [[Hindu]], [[Agama Rakyat China]].

==Fungsi Agama Kepada Manusia==
Dari segi [[pragmatisme]], seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi [[sains sosial]], fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:
*'''Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia'''.
Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan [[manusia]] di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada [[falsafah]]. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan [[Allah]](s.w.t) dan setiap manusia harus menaati [[Allah]](s.w.t).

*'''Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia'''.
Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh [[manusia]] merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas [[mati]], matlamat hidup, soal [[nasib]] dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini.

*'''Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia'''.
Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok [[manusia]]. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja [[kepercayaan]] yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.

*'''Memainkan fungsi kawalan sosial'''.
Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod [[etika]] yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

== Senarai agama ==
* [[Islam]]
**[[Sunni]]
**[[Shi'a]]
* [[Kristian]]
** [[Katolik]]
** [[Ortodoks]]
** [[Protestan]]
***[[Anglikanisme]]
***[[Methodisme]]
***[[Presbyterianisme]]
***[[Luteranisme]]
***[[Baptis]]
***[[Masehi Adven Hari Ketujuh]]
***[[Kalvinisme]]
* [[Agama Yahudi|Yahudi]]
* [[Buddha]]
** [[Buddha Theravada]]
** [[Buddha Mahayana]]
* [[Hindu]]
* [[Bahai|Agama Bahá'í]]
* [[Sikh|Sikhisme]]

== Lihat juga ==
*[[Animisme]]
*[[Makhluk halus]]
*[[Kepercayaan]]

[[Kategori:Kepercayaan]]

[[af:Religie]]
[[an:Relichión]]
[[ar:دين]]
[[ast:Relixón]]
[[az:Din]]
[[be:Рэлігія]]
[[bg:Религия]]
[[br:Relijion]]
[[bs:Vjera]]
[[ca:Religió]]
[[ceb:Relihiyon]]
[[cs:Náboženství]]
[[cy:Crefydd]]
[[da:Religion]]
[[de:Religion]]
[[el:Θρησκεία]]
[[en:Religion]]
[[eo:Religio]]
[[es:Religión]]
[[et:Religioon]]
[[eu:Erlijio]]
[[fa:دین]]
[[fi:Uskonto]]
[[fo:Átrúnaður]]
[[fr:Religion]]
[[fy:Religy]]
[[ga:Creideamh]]
[[gl:Relixión]]
[[he:דת]]
[[hi:धर्म]]
[[hr:Religija]]
[[hu:Vallás]]
[[ia:Religion]]
[[id:Agama]]
[[io:Religio]]
[[is:Trúarbrögð]]
[[it:Religione]]
[[ja:宗教]]
[[jv:Agama]]
[[ka:რელიგია]]
[[ko:종교]]
[[kw:Kryjyans]]
[[la:Religio]]
[[lad:Relijion]]
[[lb:Relioun]]
[[li:Religie]]
[[lt:Religija]]
[[lv:Reliģija]]
[[mk:Религија]]
[[nah:Religión]]
[[nds:Religion]]
[[nl:Religie]]
[[nn:Religion]]
[[no:Religion]]
[[oc:Religion]]
[[os:Дин]]
[[pl:Religia]]
[[pt:Religião]]
[[rm:Religiun]]
[[ro:Religie]]
[[ru:Религия]]
[[scn:Riliggiuni]]
[[simple:Religion]]
[[sk:Náboženstvo]]
[[sl:Verstvo]]
[[sr:Религија]]
[[sv:Religion]]
[[sw:Dini]]
[[th:ศาสนา]]
[[tl:Relihiyon]]
[[tpi:Lotu]]
[[tr:Din]]
[[uk:Релігія]]
[[vi:Tôn giáo]]
[[vo:Rel]]
[[wa:Rilidjons]]
[[zh:宗教]]