Internet: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cencurut (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Secara amnya, '''internet''' (kependekan daripada perkataan 'inter-network') ialah rangkaian [[komputer]] yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah [[sistem komputer]] umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan [[TCP]]/[[IP]] sebagai [[protokol komputer|protokol]] pertukaran paket (''packet switching communication protocol''). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan '''Internet'''. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
 
[[Imej:WorldWideWebAroundWikipedia.png|thumb|300px|Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia, sebagaimana digambarkan sebagai pautan]]
 
== Kemunculan Internet ==
 
Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai [[ARPANET]], yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).
 
Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada [[NCP]] kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.
 
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.
 
[[Imej:Internet.png|thumb|200px|Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet]]
 
== Internet Hari Ini ==
 
Intenet dikuatkuasa oleh perjanjian dwi- atau pelbagailateral "multilatera" dan spesifikasi teknikal ([[protokol komputer|protokol]] yang menerangkan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan [[Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet]] (''Internet Engineering Task Force'' - IETF), yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai [[RFC]] (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan Piawaian Internet (''Internet Standard''), oleh Lembaga Rekabentuk Internet (''Internet Architecture Board'' - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti, [[IP]], [[TCP]], [[UDP]], [[DNS]], [[PPP]], [[SLIP]], [[ICMP]], [[POP3]], [[IMAP]], [[SMTP]], [[HTTP]], [[HTTPS]], [[SSH]], [[Telnet]], [[FTP]], [[LDAP]], dan [[SSL]].
 
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah [[Emel]], [[Usenet]], Newsgroup, perkongsian fail (''File Sharing''), [[WWW]] (''World Wide Web''), Gopher, Capaian Sesi (''Session Access''), WAIS, finger, [[IRC]], [[MUD]], dan [[MUSH]]. Di antara semua ini, Emel dan ''World Wide Web'' lebih kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti Senarai Mel (''Mailing List''), dan Weblog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar (''real-time service''), seperti web radio, dan webcast, yang boleh dicapai di seluruh dunia.
 
Beberapa servis Internet popular yang berdasarkan sistem Tertutup(?)(Proprietary System), adalah seperti [[IRC]], [[ICQ]], [[AIM]], [[CDDB]], [[TORRENT]], dan [[Gnutella]].
 
== Budaya Internet ==
 
Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan [[enjin gelintar]] seperti [[Google]], pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.
 
== Isu Moral dan Undang-undang ==
 
Terdapat kebimbangan masyarakat mengenai Internet yang berpunca daripada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran hakcipta, bahan lucah, curian identiti, dan fitnah, adalah biasa dan sukar hendak dikawal selia.
 
Kematian juga telah disalah gunakan di dalam penggunaan Internet oleh sesetengah pihak. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pengambilan dadah yang berlebihan setelah rakan-rakan sembang IRCnya memberikan semangat. Shawn Woolley membunuh diri kerana ketagihan dengan permainan online iaitu Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.
 
== Capaian Internet ==
 
Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk [[Korea Selatan]] (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalur lebar (Broadband), dan [[Sweden]]. Terdapat dua bentuk capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up, dan [[jalur lebar]].
 
== Penggunaan Internet di Tempat Awam ==
Internet juga semakin banyak digunakan di tempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk Perpustakaan, dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet, seperti ''Internet Kiosk'', Terminal Capaian Awam (''Public Access Terminal''), dan Telefon web.
 
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian [[WiFi]] atau [[Hotspot]], seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa [[komputer riba]] (''notebook'') atau [[PDA]], yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.
 
== Pautan luar ==
* [http://dmoz.org/World/Bahasa_Melayu/Komputer/Internet/ Portal web di dalam Bahasa Melayu]
* [http://www.learnthenet.com/english/animate/animate.htm Kenali Internet interaktif.]
* [http://ip-number.com Melihat IP address anda]
* [http://www.all-nettools.com/toolbox,net Mengenalpasti fungsi-fungsi network anda]
 
[[Category:Internet]]
[[Category:Komunikasi]]
[[Category:Rangkaian]]
 
[[af:Internet]]
[[am:ድኅረ ገጽ መረብ]]
[[ar:إنترنت]]
[[ast:Internet]]
[[az:İnternet]]
[[be:Інтэрнэт]]
[[bg:Интернет]]
[[bn:ইন্টারনেট]]
[[br:Internet]]
[[bs:Internet]]
[[ca:Internet]]
[[cs:Internet]]
[[csb:Internet]]
[[da:Internet]]
[[de:Internet]]
[[el:Διαδίκτυο]]
[[en:Internet]]
[[eo:Interreto]]
[[es:Internet]]
[[et:Internet]]
[[eu:Internet]]
[[fa:اینترنت]]
[[fi:Internet]]
[[fiu-vro:Internet]]
[[fr:Internet]]
[[fy:Ynternet]]
[[ga:Idirlíon]]
[[gl:Internet]]
[[he:אינטרנט]]
[[hi:इंटरनेट]]
[[hr:Internet]]
[[hu:Internet]]
[[ia:Internet]]
[[id:Internet]]
[[ilo:Internet]]
[[is:Internetið]]
[[it:Internet]]
[[iu:ᖃᕆᓴᐅᔭᒃᑯᑦ ᑎᑎᕋᖅᓯᒪᔪᑦ]]
[[ja:インターネット]]
[[kn:ಅಂತರ ಜಾಲ]]
[[ko:인터넷]]
[[ku:Înternet]]
[[la:Interrete]]
[[lb:Internet]]
[[li:Internet]]
[[lt:Internetas]]
[[lv:Internets]]
[[mk:Интернет]]
[[nds:Internet]]
[[nl:Internet]]
[[nn:Internett]]
[[no:Internett]]
[[os:Интернет]]
[[pl:Internet]]
[[pt:Internet]]
[[rm:Internet]]
[[ro:Internet]]
[[ru:Интернет]]
[[sa:आन्तरजालम्]]
[[scn:Internet]]
[[simple:Internet]]
[[sk:Internet]]
[[sl:Internet]]
[[sr:Интернет]]
[[su:Internét]]
[[sv:Internet]]
[[ta:இணையம்]]
[[th:อินเทอร์เน็ต]]
[[tl:Internet]]
[[tpi:Intanet]]
[[tr:Internet (özel isim)]]
[[tt:Päräwez]]
[[uk:Інтернет]]
[[uz:Internet]]
[[vi:Internet]]
[[vo:Vüresod]]
[[yi:אינטערנעץ]]
[[zh:互联网]]