Perbezaan antara semakan "RTMi"

1 bait dibuang ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
}}
 
'''RTMi''' merupakan saluran [[televisyen terestrial digital]] yang dimiliki sepenuhnya oleh [[Radio Televisyen Malaysia]]. Percubaan bagi penyiarannya dimulakan di 2000 rumah kediaman terpilih di sekitar [[LemmbahLembah Klang]] selama 6 bulan bermula pada [[September]] [[2006]], yang menggunakan piawaian [[DVB-T]]. Percubaan ini berakhir pada [[Mac]] [[2007]], yang membabitkan pemasangan dan pentafsiran kod "Set Top Boxes" di rumah-rumah berkenaan. Semasa tempoh percubaan itu, DTTB disiarkan secara harian dari jam 7 malam hingga 12 tengah malam (selama 5 jam), yang memaparkan rancangan yang disiarkan pada [[RTM1]], [[RTM2]], RTMi, dan Muzik Aktif. Percubaan bagi pendigitalan ini dianggar menelan kos sebanyak [[Ringgit Malaysia|RM]]76 juta. Ia dipancarkan menerusi Harmonic Inc.
 
Pada April 2007, RTM mengumumkan bahawa penyiaran digital ini mendapat maklum balas yang positif semasa menjalani percubaan ini dan merancang untuk menguji pembabitan pengekodan video/audio yang berbeza.
Pengguna awanama