Pulau Sebang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Robbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: nl:Pulau Sebang
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Pulau Sebang''' merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah [[Alor Gajah]], [[Melaka]]. Jarak antara bandar Alor Gajah dan Pulau Sebang sejauh 109 kilometer manakala dari bandaraya Melaka 29 kilometer.
 
Uniknya Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan pekanBandar [[Tampin]], [[Negeri Sembilan]]. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak di [[lampu isyarat]] di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke pekanBandar Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di Negeri Melaka kerana merasakan mereka berada di pekanbandar Tampin Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat.
 
Selain itu, [[Stesen KTMB Tampin|Stesen Keretapi Tampin]] sebenarnya terletak di Pulau Sebang dalam Negeridaerah Alor Gajah, Melaka. Nama sebenar stesen itu Pulau Sebang. Dari tahun 1905 hingga 1942, terdapat landasan [[kereta api]] ke Bandaraya Melaka dari sini, tetapi telah dibongkar Jepun sejak Perang Dunia ke-2. Bekas laluannya dan jambatan-jambatan keretapi melintasi sungai masih ada sehingga hari ini. Ada perancangan dari KTMB untuk membuka semula laluan ke bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10. Projek landasan kereta api berkembar elektrik yang sedang giat dijalankan antara Seremban ke Gemas akan turut memasuki Negeri Melaka sejauh 2827.84 kilometer. Stesen Kereta api Pulau Sebang yang sedia ada sekarang akan dipindah ke lokasi baru yang terletak arah selatan dari stesen kereta api sekarang. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru kelak akan dilengkapi dengan perhentian bas dan teksi yang moden serta tempat letak kereta yang sistematik. Oleh itu pengguna KTMB yang hendak ke Bandaraya Melaka atau sebaliknya akan menjadi mudah kerana di stesen ini juga ditempatkan perkhidmatan bas dan teksi untuk ke Bandaraya Melaka. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat agar stesen KTMB Pulau Sebang tidak agi dibayangi dengan Tampin sebaliknya lebih dikenali Alor Gajah, Melaka sesuai dengan kedudukan geografinya yang sebenar.
 
{{Melaka}}