Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin: Perbezaan antara semakan

tiada ringkasan suntingan
(Mencipta laman baru dengan kandungan ' Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin dahulu lebih dikenali dengan nama Stesen Keretapi Tampin. Stesen ini telah dibuka pada tahun 1905. Pada tahun yang sama la…')
 
Tiada ringkasan suntingan
−[[Khas:Sumbangan/60.53.17.165|60.53.17.165]] 07:07, 22 Mac 2009 (UTC) Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin dahulu lebih dikenali dengan nama Stesen Keretapi Tampin. Stesen ini telah dibuka pada tahun 1905. Pada tahun yang sama landasan keretapi ke bandar Melaka telah siap dibina. Hal ini bermakna secara tidak langsung laluan dari Prai hingga ke Melaka telah terbina. Malangnya laluan dari Pulau Sebang ke Melaka tidak bertahan lama, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945. Pemerintah Jepun telah membongkar landasan dari Pulau Sebang ke Melaka.Rel tersebut dihantar ke Burma untuk landasan keretapi maut peristiwa hitam yang sangat terkenal itu. Sejak dari itu penumpang-penumpang yang hendak ke Melaka atau ke utara dan pantai timur akan turun/naik di stesen Tampin kerana laluan lama tidak lagi dibaiki dan digunakan walaupun bekas laluan itu masih ada. Sejak akhir-akhir ini rakyat Melaka dan kerajaan Negeri Melaka mula mempertikaikan nama stesen KTMB Tampin. Lokasi stesen tersebut terletak di Mukim Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah Melaka. Adakah wajar naam Tampin digunakan? Untuk mengatasi kemelut ini pihak KTMB bersetuju bahawa nama Pulau Sebang dimasukkan sekali dengan Tampin pada papan tanda stesen ini. KTMB tidak boleh membuang perkataan Tampin kerana orang ramai sudah sinonim dengan nama Tampin. KTMB tidak keberatan untuk menukar nama Pulau Sebang sepenuhnya pada masa hadapan terutamanya apabila landasan berkembar elektrik antara Seremban dan Gemas siap sepenuhnya pada tahun 2012 dan pemindahan stesen ke lokasi baru. Apabila siap kelak stesen Tampin/Pulau Sebang akan dikenali dengan nama Sebang Sentral yang dilengkapi dengan hentian teksi dan bas serta tempat letak kereta yang luas. KTMB sedang menjalankan kajian yang serius di atas permintaan kerajaan Negeri Melaka untuk membuka semula landasan keretapi ke Bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10. Ketika ini kerja-kerja mengukur tanah sedang giat dijalankan di sepanjang jalan keretapi lama dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka.
Pengguna awanama