Perbezaan antara semakan "Bobolian"

197 bait ditambah ,  11 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
antara mentera yang di jampinya adalah sepeti berikut:
 
* doi kada kati gangang arai
* kotunguan ko do pais
* otimbaar ko do sadap
* odoi kososodop zou do mogiginipi
* kosou ku do nokotimung kito do pamakanan do karamaian diti
* Nga ino noh maan zou do mamagavau do paai diti
* Do ounsikou nodi ka'ka do bambaazon
* Do kosuni vagu do toun tiso do kaanu no vagu kotimung kito
* om ogumu nodi do pamakanan tokou mantad do paai
 
maksudnya;
 
* aku megambil pisau ini
* untuk di jadikan persembahan
* bagi menyucikan makan ini(padi)
* semalam aku bermimpi
* aku berjumpa dengan engkau(huminodun)dan kita telah makan bersama dalam keramaian itu
* sebab itu lah aku memuja semangat padi ini
* supaya bersukacitalah semangat padi(bambaazon)
* dan tumbuh lagi padi-padi di tahun hadapan supaya dapatlah kita berkumpul lagi
* dan banyaklah lagi makanan kita yang tercipta dari padi
 
Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan. Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap kepada seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Adakalanya semangat tersebut berkehendakan persembahan atau korban dalam bahasa kadazanya sogit. Korban yang selalu diminta bagi upacara tersebut adalah darah ayam kampung, seekor kerbau atau haiwan berdarah panas, 10 biji telur rebus,dan nasi kunyit. Selepas itu boboizan itu menyerahkan korban tersebut bagi memulihkan atau membuang sial seseorang itu.
Pengguna awanama